MALAYSIA KINI
Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata masa depan
karier politiknya akan berakhir sekiranya beliau gagal mendapatkan
keputusan lebih baik pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau yang juga ahli parlimen Tanjong Karang menyifatkan cabaran tersebut sebagai 'meletakkan pisau di leher', lapor Utusan Malaysia hari ini.
Pada pilihan raya umum ke-13, BN mendapat 12 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan. Manakala Pakatan rakyat mendapat 44 kerusi.
"Saya ambil ini sebagai cabaran yang akan menentukan masa depan politik saya.
"Kalau saya gagal dengan cuma meraih keputusan yang lebih teruk lagi pada PRU-14, maka ini menjadi titik penamat karier politik saya.
"Ini macam 'meletakkan pisau di leher," katanya seperti yang dilapor dalam wawancara dengan akhbar itu.
Noh berkata pendekatan politik di negeri itu agak berbeza dengan melibatkan sejauh mana Umno mampu berurusan dengan rakyat dalam bandar, semi bandar dan luar bandar.
Katanya lagi, isu pembangunan masih menarik perhatian rakyat di luar bandar isu pembangunan masih menarik perhatian dan senario politik di Tanjong Karang tidak sama di kawasan bandar.
"Contohnya, kalau saya rasmi mesyuarat PIBG, saya yakin 95 peratus adalah pengundi saya dan mudah berinteraksi. Tetapi program yang sama di Shah Alam atau Lembah Klang, mereka yang hadir tidak semestinya pengundi di situ," katanya.
Noh yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno turut mengakui cabaran untuk meraih sokongan pengundi cukup sengit memandangkan kumpulan pengundi di negeri itu sama banyak iaitu 49 peratus pengundi Melayu dan 51 peratus pengundi bukan Melayu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.