Oleh Azuan Ab Rahman
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mungkin ada jawapan bagi merungkai misteri di sebalik kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.
Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Perdana Menteri perlu bertanggungjawab terhadap wanita malang seperti Altantuya sebagai menghormati slogan ‘Respek Wanita: Masyarakat Sejahtera’, sempena sambutan Hari Wanita yang dianjurkan kerajaan pada tahun ini.
“Mungkin Perdana Menteri ada jawapan kepada ‘rantaian kes yang hilang’ dan dapat memberi petunjuk kepada siapakah pembunuh sebenar Altantuya” ujar Ahli Parlimen Ampang itu.
Sekiranya apa yang diucap Najib tentang perlunya untuk respek wanita, maka Wanita KEADILAN menuntut agar PM berani memberi arahan agar kes pembunuhan Altantuya harus diselesaikan.
Malah Perdana Menteri itu sendiri digesa untuk tampil ke mahkamah sebagai saksi terhadap kes pembunuhan Altantuya.
“Memandangkan Sirul dan Azilah dibebaskan maka persoalannya ‘siapa pembunuh Altantuya sebenar?
“Mungkin PM ada jawapan kepada ‘missing link’(kebuntuan) dalam kes ini dan dapat memberi petunjuk (clue) kepada siapa pembunuh sebenar,” katanya kepada Keadilan Daily.
Zuraida berkata, tema ‘Respek Wanita: Masyarakat Sejahtera’ yang diguna pakai oleh kerajaan di bawah pimpinan Najib ‘diciplak’ daripada idea Manifesto Pakatan Rakyat yang berteraskan falsafah hormati wanita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.