MALAYSIA KINI
Polis
menahan seorang lelaki yang disyaki melepaskan tembakan menggunakan
senapang angin ke arah rumah birasnya di Kampung Gong Ubi Keling di
Besut semalam.
Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan bersama seorang rakan berumur 18 tahun yang dipercayai bersubahat dengannya, kata Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria.
Beliau berkata lelaki terbabit dikatakan melakukan perbuatan itu pada pukul 7 petang bagi menakut-nakutkan birasnya yang berusia 46 tahun.
"Kami menemui dua biji bebola besi yang dipercayai digunakan sebagai peluru senapang angin itu," katanya dan memberitahu polis belum menemui senapang angin yang digunakan dalam kejadian itu.
Kamaruddin percaya kejadian itu berpunca daripada masalah keluarga apabila suspek mendakwa birasnya itu cuba masuk campur dalam urusan rumah tangganya.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.