PUTRAJAYA - Seramai 1,056 lagi pelajar Malaysia di Mesir akan
diterbangkan pulang sebelum Jumaat demi keselamatan mereka kerana
difahamkan ada beberapa perancangan demonstrasi besar pada hari
berkenaan, menurut Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk
Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.
Setakat hari ini seramai 1,328 pelajar selamat dihantar pulang menerusi Ops Piramid 2.
Kebanyakan mereka ialah dari kawasan panas Mesir yang sedang bergolak iaitu dari luar Kaherah dan Iskandariah.
"Kawasan panas yang dimaksudkan ialah di Tanta (pelajar di situ) akan diterbangkan hari ini, di Mansoura esok dan Zagazig pada 28 Ogos," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.
Dilaporkan sebelum ini terdapat 3,300 pelajar Malaysia di Mesir dan kerajaan telah memutuskan untuk menerbangkan mereka pulang secara sukarela ke tanah air menggunakan pesawat komersial berikutan pergolakan di negara itu yang dilaporkan semakin tidak menentu. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.