Rabu, 28 Ogos 2013

Jangan ulangi pilihan raya 13- Rahman Bakar

Antaranya calon BN khususnya Umno yang tidak mencapai cita rasa pengundi, ia termasuk calon yang sudah tua; kurang pendidkian dan calon yang berpotensi dipinggirkan.



PETALING JAYA: Veteran Umno Terengganu, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata Barisan Nasional negeri itu akan hilang kuasa jika mengulangi kesilapan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Beliau menambah, BN negeri melakukan banyak kesilapan hingga menyebabkan mereka kalah 15 kerusi negeri dan empat kerusi parlimen.

Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN dan lapan kerusi parlimen.

“Antaranya calon BN khususnya Umno yang tidak mencapai cita rasa pengundi, ia termasuk calon yang sudah tua; kurang pendidikan dan calon yang berpotensi dipinggirkan.

“Faktor-faktor lain termasuklah jentera pilihan raya yang kurang kemas; serta masalah dalaman yang berlaku di Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus serta Dungun.

“Saya katakan kesilapan ini perlu diperbetulkan dan jangan diulangi pada pilihan raya umum akan datang,” tambah beliau.

Abdul Rahman bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan calon Ketua Pemuda Umno Besut, Zahari Mat yang dilaporkan sebagai berkata, Umno Terengganu memerlukan perubahan drastik.

Menurut  Zahari, perubahan yang perlu dilakukan melalui pemilihan parti pada 19 Oktober ini perlu digunakan sebaik mungkin supaya BN tidak kecundang di Terengganu pada pilihanraya umum akan datang.

Katanya, jika perubahan tidak dibuat, suatu hari nanti semua ahli Umno malu mengaku “saya adalah ahli Umno”.

“Kegagalan BN di 15 kawasan DUN adalah cermin kepada kepimpinan Umno sekarang,” katanya mengulas adakah pertandingan di peringkat Bahagian akan memecahbelahkan parti,” kata Zahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.