KUALA
LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kelesuan
rakyat untuk menyambut Hari Kebangsaan ke-56, Sabtu ini, bukan
disebabkan hilangnya semangat patriotisme tetapi wujudnya sesuatu yang
tidak kena dalam kepemimpinan negara.
Katanya, beliau juga curiga dengan ‘patriotisme’ pemimpin
yang bersedia memperkayakan diri menerusi korupsi dan penyalahgunaan
kuasa sehingga mengorbankan hak rakyat dan kepentingan negara.
“Kalangan yang paling nyaring melaungkan ‘patriotisme’
selalunya adalah penipu sebenar dalam negara. Ada benarnya ungkapan Dr
Samuel Johnson bahawa ‘Patriotisme adalah jalan akhir bagi penyangat’,”
katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Kemerdekaan.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata,
kerajaan seharusnya berpijak di bumi nyata dan kembali kepada realiti
sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-56 ini.
“Selepas lebih 100 hari Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5
Mei lalu, majoriti rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum yang mengundi
Pakatan Rakyat (PR) dipandang serong dan menjadi sasaran fitnah.
“Selain menghentam kaum Cina dan India, Perdana Menteri
juga gagal membuktikan beliau dan kerajaannya berkhidmat untuk semua
rakyat Malaysia.
“Bagaimanapun, belum terlambat untuk rakyat Malaysia
merayakan Hari Kebangsaan ke-56 dalam perpaduan dan keharmonian tetapi
langkah sulung yang perlu diambil ialah mengakui dan menghormati
patriotisme 51 peratus rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat dan 47
peratus mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 baru-baru in,”
ujarnya.
Menurut Kit Siang, patriotisme bukan semangat yang boleh dipaksa-paksa tapi ia lahir dalam diri setiap rakyat.
Beliau bersetuju dengan Kee Thuan Chye yang menulis artikel
terbarunya mengenai patriotisme dan kemerdekaan yang menyatakan
‘patriotisme’ adalah semangat yang kita sematkan dalam jiwa kecintaan
terhadap negara, ia adalah semangat yang membuatkan kita memutuskan
untuk mempertahankannya, barangkali juga untuk mati deminya’
“Saya berkesempatan menyebut di Parlimen bahawa disebabkan
semangat patriotisme dan cinta saya terhadap negara, demi mengejar
Impian Malaysia untuk mewujudkan sebuah negara yang lebih baik bagi
semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan daerah, saya
bersedia hilang kebebasan apabila ditahan sebanyak dua kali mengikut
Akta Keselamatan Dalam Negeri,” ujarnya.
“Saya rasa ada sesuatu yang amat tidak kena dalam menyambut Hari Kebangsaan, Sabtu ini.
“Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad
Shabery Cheek telah memperkenalkan undang-undang mewajibkan setiap
premis mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan Merdeka ini, tetapi
tiga hari kemudian hasratnya kendur dan mengakui kecewa kerana pejabat
kerajaan di Putrajaya sendiri tidak menunjukkan contoh mengibarkan
bendera kebangsaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.