KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim hari ini mengumumkan akan bertanding
jawatan Exco Pergerakan Wanita Umno pada pemilihan parti itu Oktober
ini.
"Keputusan ini dibuat berdasarkan input daripada perwakilan dan ahli wanita di peringkat akar umbi yang menyarankan agar saya mencalonkan diri kerana berpandangan Wanita Umno perlu ada exco yang berlatarbelakangkan agama," katanya pada sidang media, di sini.
Menurut Mashitah, keputusan itu dibuat setelah mendapat sokongan padu daripada rakan-rakan dan akar umbi Pergerakan Umno Bahagian Baling dalam usaha untuk membantu parti menangkis tohmahan pihak pembangkang khususnya melibatkan isu kedaulatan Islam yang sering kali dicabar sejak akhir-akhir ini.
"Peranan wanita dalam perjuangan Umno tidak dapat dinafikan lagi dan saya yakin akan dapat membantu berdasarkan pengalaman dan ilmu yang ada.
"Keyakinan saya untuk bertanding itu dikuatkan dengan kaedah pemilihan baru yang akan menjadikan pemilihan Umno kali ini lebih telus dan adil," ujarnya.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas wujudnya usaha pihak tertentu menaja "orang dalaman" parti untuk memecahbelahkan Umno Bahagian Baling, Mashitah mengakui perkara itu berlaku termasuk mengadakan pertandingan di peringkat bahagian.
"Perkara itu ditonjolkan dengan menaja pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan sayap wanita walhal sebenarnya sayap wanita telah diperakui telah memberi kemenangan.
"Tidak dapat dinafikan ada pihak tertentu cuba menaja pihak tertentu supaya ada pertandingan dan pecah suara di peringkat bahagian," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.