MALAYSIA KINI
Pemberian
"duit minyak" kepada pengundi tanpa mengarahkannya memilih mana-mana
calon bukan rasuah, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusinya Tan Sri Aziz Yusof berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Jika wang minyak yang diberi itu tanpa meletakkan apa-apa syarat tetapi hanya meminta pengundi-pengundi itu balik mengundi tanpa mengarahkan kepada calon mana-mana parti, ia tidak dianggap sebagai rasuah," katanya.
Dalam SMS jawapan kepada Malaysiakini, Aziz juga berkata, pihaknya tidak menerima laporan rasmi tentang perkara itu.
Beliau diminta mengulas berhubung dakwaan pembelian undi dalam pilihan raya kecil Kuala Besut apabila bayaran dibuat oleh Ketua Kampung Beris Lampu Yaakob Kadir.
Yaakob bagaimanapun menafikannya sebagai rasuah dan menegaskannya "insentif kepada pengundi luar", diberikan secara terbuka dan kepada semua pengundi, termasuk orang PAS.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.