Mohd Arif Juhani
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberikan masa
seminggu untuk mendedahkan nama syarikat pembekal dakwat kekal dalam
parlimen atau bakal mendapat malu besar.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, SPR ada jawapan
kepada persoalan itu manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) juga telah menubuhkan panel penyiasat.
“Saya sudah buat kenyataan dalam dewan untuk mempercepatkan proses itu supaya SPR dan SPRM segera mengambil tindakan sewajarnya.
“Apabila ia mula didedahkan di luar, ia akan lebih memalukan mereka.
“Jadi saya beri masa seminggu kepada SPR,” ujar Ahli Parlimen Pandan kepada Keadilandaily.
Rafizi sebelum ini mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa syarikat
pembekal itu milik rakyat Singapura yang tiada pengalaman berkaitan.
Manakala modal menguruskan pembekalan dakwat kekal melalui dana seorang ahli perniagaan dari Kampung Baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.