Ini diakui sendiri oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin yang menyifatkan insiden itu sepatutnya tidak berlaku kerana bahan tersebut dilarang daripada dibawa masuk ke stadium kerana ia boleh membahayakan penonton.
"FAM memandang serius perkara ini dan sebenarnya perkara ini sudah banyak kali mesyuarat dengan pihak polis dan mereka pun memahami tentang kesukaran ini. Kami di pihak FAM, rela, pihak polis dan stadium sering mahu membendung tindakan sebegitu,.
“Cuma sentimen penyokong yang bukan sahaja pada perlawanan tersebut, malah banyak perlawanan di negeri lain suka membakar suar menyebabkan ia menjadi trend penyokong pada masa kini.
"Tapi, saya ingin tegaskan kemasukan penyokong memang dipantau, kita memang ada periksa penonton secara rambang bagi memastikan mereka tidak membawa mercun dan suar tetapi nak bendung sepenuhnya memang sukar walaupun ramai petugas keselamatan ditempatkan di dalam stadium.
“Keadaan pagar stadium yang berlubang terutama di tempat-tempat sunyi yang tidak ramai orang juga mungkin menyebabkan bahan-bahan ini boleh dibawa masuk ke dalam stadium. Apa pun, selepas ini kita akan pastikan pagar yang berlubang dibaiki bagi mengatasi masalah ini," kata Hamidin ketika ditemui pemberita di Wisma FAM , hari ini.
Dalam pada itu, Hamidin yang memulakan tugas sebagai Setiausaha Agung FAM yang baru hari ini turut memberi jaminan akan berusaha membendung gejala itu walaupun mengakui ia bukan tugas mudah.
Menurutnya, mereka juga telah memaklumkan kepada persatuan bola sepak negeri supaya memastikan penyokong masing-masing tidak melakukan perbuatan membakar mercun dan menyalakan suar.
“Kita akan mengadakan mesyuarat lagi selepas ini dengan pihak jawatankuasa tiket dan polis dalam masa terdekat bagi melihat apa kaedah bagi menangani masalah ini.
“Tapi seperti yang saya cakap tadi di stadium senang dibolosi di mana-mana kawasan kerana sekelilingnya luas dan akan menyebabkan kakitangan polis dan rela diperlukan dengan lebih ramai.
"Secara peribadi itu kekangan yang utama dihadapi sekarang. Apa pun kalau tidak boleh menghapuskan seratus peratus sekurang-kurangnya dapat dikurangkan,” jelas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.