Azuan Ab Rahman
KUALA LUMPUR: Kenyataan Pengarah Pelajaran Johor, Mohd Nor
Ghani bahawa guru besar dan guru di negeri itu tidak dibenarkan
mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan di facebook adalah tindakan
tidak demokratik.
“Dahulu, golongan inilah yang paling ramai masuk politik. Tujuan mereka hanya mahu berkhidmat untuk masyarakat.
"Namun
sekarang jika menyokong dan berpihak kepada Pakatan, ia dihalang. Ini
berat sebelah,” kata ketua penyelaraws Jingga 13, Fariz Musa kepada Keadilandaily.
Semalam, Pengarah Pelajaran Johor, Mohd Nor Ghani dalam sebuah forum
pendidikan mengingatkan guru besar dan guru di negeri ini supaya tidak
mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan di Facebook.
Ia kononnya bagi mengelakkan mempengaruhi pelajar dan mengelak dari mencipta ‘masalah untuk diri sendiri’.
Lapor Sin Chew Daily hari ini, Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan
membentuk pasukan khas dan memantau kandungan yang dimuat naik di laman
Facebook atau sosial mereka.
“Sepatutnya beliau bersikap lebih profesional. Lupakah beliau bahawa golongan guru lah yang bakal mencorak anak-anak murid?
“Bila guru tidak lagi bebas mengkritik, maka kualiti seorang guru itu
merosot dan ini terkesan kepada anak muridnya,” kata Fariz yang juga
merupakan bekas guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.