OLEH MD IZWAN
Rafizi juga tidak tolak kemungkinan sindiket dapat bantuan maklumat dari polis. Gambar The Malaysian Insider, Nazir Sufari
Rafizi Ramli hari ini mengesyaki cubaan membunuh Pengerusi MyWatch, R Sri
Sanjeevan yang parah ditembak dua hari lalu, dilakukan penjenayah
profesional.
Tanpa menolak kemungkinan perbuatan itu dibantu polis yang menyalur
maklumat kepada sindiket, Pengarah Strategi PKR itu, berkata cubaan
bunuh itu bertujuan menghapuskan bukti yang dimiliki Sanjeevan.
"Ini kerja profesional, ia dilakukan oleh sindiket dadah yang berkemungkinan mendapat pertolongan anggota polis.
"Ini cubaan untuk menghapuskan bukti," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.