SUBANG JAYA – Sikap segelintir pihak yang dikatakan membeli diesel
lebih daripada had dibenarkan didakwa menjadi punca bekalan itu sering
terputus di stesen minyak, di sekitar kawasan ini.
Difahamkan, pihak terbabit membeli diesel lebih daripada kesesuaian muatan tangki minyak kenderaan pacuan empat roda atau lori yang dipandu mereka.
Tangki kenderaan mereka dikatakan diubahsuai dan membolehkan lebih 100 liter minyak diisi pada satu-satu masa.
Pengusaha bas sekolah, A Saharthevan, 45, yang mendedahkan perkara itu berkata, aduan berhubung perkara itu sudah diajukan kepada agensi berwajib.
Katanya, dia sendiri pernah mengekori pemandu lori yang membuat ‘kerja’ terbabit dan mendapati mereka akan mengunjungi beberapa stesen minyak dalam sehari untuk memenuhi tangki minyak yang sudah diubahsuai.
Saharthevan berkata, ada sesetengah lori yang bermuatan rendah hanya boleh mengisi penuh tangki bernilai RM65 tetapi apa yang dilihatnya pihak itu boleh mengisi diesel sehingga RM180 pada satu-satu masa.
Jelasnya, dia mendapat tahu ada lebih 15 lori yang membuat pembelian diesel di stesen minyak dengan harga subsidi RM1.80 dan menjual kepada industri pada harga RM2.65 seliter.
“Yang menjadi mangsa adalah pengusaha bas sekolah, kami hanya boleh mengisi diesel menggunakan kad subsidi khas dikeluarkan kementerian di stesen yang tertera di kad sahaja.
“Apabila bekalan tiada di stesen ini, saya terpaksa pergi dari satu stesen ke satu stesen minyak lain mencari bekalan diesel,” katanya.
Yang menjadi kehairanannya apabila ditanya kepada pemandu lori tangki yang membekalkan diesel ke stesen minyak, mereka mendakwa bekalan itu melimpah-limpah di tempat simpanan.
Sementara itu tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat beberapa stesen minyak di sekitar Subang Jaya tidak mempunyai bekalan, manakala yang selainnya masih mempunyai kuota untuk dibekalkan kepada pengguna.
Ada sesetengah tempat, pengusaha didapati menaikkan notis hanya membenarkan pengguna membeli diesel tidak melebihi 100 liter bagi setiap transaksi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.