MALAYSIA KINI
Sasterawan
negara yang terbaru Datuk Baharuddin Zainal menyelar kenyataan
pendahulunya Datuk Shahnon Ahmad yang mengkritiknya selepas diumumkan
sebagai penerima Hadiah Sastera Negara melalui seorang penulis muda.
"Kemudian, mengapa Shahnon menggunakan penulis muda? Perbuatannya itu, sama ada sengaja atau tidak, merosakkan nama orang. Apapun, bagi saya kalau betul, ia an unfortunate - atau dalam bahasa yang lebih ekstrem, kenapa dia begitu bacul?" beliau dipetik sebagai berkata.
Mac lalu, Dr Faisal Tehrani, penulis yang rapat dengan Shahnon memberitahu, sasterawan negara kedua itu menghubunginya dan memaklumkan "kurang bersetuju" dengan pemberian anugerah yang sama kepada Baharuddin atau nama penanya Baha Zain.
Menurut Dr Faisal, Shahnon berpendapat, karya Baha Zain "berselerak" dan "tidak fokus"; malah puisinya kontot, sangat bersahaja dan kurang menyerlah mesej dan gagasannya.
Malah, menurut Dr Faisal lagi, Shahnon melihat Baha Zain tidak berupaya dalam kritikan sastera dan mengambil kira penglibatan Baha Zain dalam gerakan sastera dan "kejujurannya" dalam isu semasa.
Dalam wawancara dengan Dewan Sastera baru-baru ini, Baharuddin berkata, beliau tidak begitu mengambil berat dengan kritikan itu kerana Shahnon menurutnya seorang yang "capable of the carelessness, tidak akademik dan tidak rasional".
"Yang saya persoalkan ialah kebijaksanaannya. Lack of wisdom ini yang saya rasa bermasalah. Shahnon ialah seorang sasterawan negara dan seorang profesor emeritus, saya kira hal itu lebih bermasalah," katanya lagi.
Dakwa M'kini sensasikan laporan
Beliau juga mendakwa Malaysia mensensasikan laporan tersebut sebagai dengan menggunakan perkataan "Shahnon tolak" pada judulnya.
"Shahnon tak kata tolak. Jadi, mereka (Malaysiakini) perbesarkan, wajah tidak sama dengan bentuk. Sebab Malaysiakini buat, saya tidak hairanlah," katanya seperti dilaporkan majalah sastera nasional itu.
Beliau juga menegaskan, kewartawanan yang profesional harus menentukan kebenaran sesuatu penyataan tersebut daripada tuan punya badan sendiri.
"Sebab apabila saya diwawancara oleh Malaysiakini, saya jawab begini: Saya melihat daripada sumber jurnalisme - kesahihahan maklumatnya saya ragui.
"Kalau saya seorang pengamal media, saya akan siasat daripada sumber yang pertama. Kewartawanan yang profesional, harus menentukan kebenaran penyataan tersebut daripada Shahnon sendiri," katanya.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini sebelum ini, Baharuddin mempersoalkan "kredibiliti dan keasliannya" kritikan Shahnon memandangkan ia datang daripada mulut Dr Faisal (kiri).
Baharuddin berkata, sekiranya Shahnon tidak berpuas hati pemberian anugerah itu, beliau mencadangkan supaya secara hormat menulis sendiri alasannya kepada panel terlibat daripada menggunakan nama orang lain.
Walaupun pelbagai pihak menasihatkannya supaya tidak menjawab dan beliau juga merasakan sedemikian, beliau bersyukur sekurang-kurangnya "sedar diri dan insaf supaya tidak melonjak terlalu tinggi dengan kegembiraan".

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.