KUALA LUMPUR — Kesemua 14 individu yang ditahan
semalam kerana ingkar arahan bersurai semasa berhimpun di hadapan pusat
beli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, dibebaskan dengan
jaminan polis malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP
Zainuddin Ahmad dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata 13
lelaki dan seorang wanita dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira
pukul 10 malam.
"Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun turut
dibawa ke IPD dalam insiden itu kerana ibunya dipercayai terlibat dalam
perhimpunan itu dan polis tidak menahan kanak-kanak itu," katanya kepada
Bernama. — Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.