SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR - Seorang peguam syarie hari ini berjaya mengetepikan
keputusan Jawatankuasa Peguam Syarie dan Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP) yang menggantung khidmatnya.
Ia susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof yang
membenarkan permohonan Muhamad Burok untuk membatalkan keputusan
Jawatankuasa Peguam Syarie pada 23 April 2012 yang menggantung
khidmatnya selama enam bulan bermula 1 Jun 2012.
Hakim Zaleha juga membatalkan keputusan yang dibuat MAIWP pada 13 Ogos
2012 yang mengenakan tindakan sama berkuatkuasa mulai Sept 2012 hingga
28 Feb lalu.
Beliau memerintahkan kedua-dua responden membayar ganti rugi am yang
akan ditaksir kemudian dan kos sebanyak RM7,000 kepada Muhamad.
Muhamad memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk
mengisytiharkan keputusan kedua-dua responden tidak sah pada 4 Okt 2012
kerana menggantung tugas beliau sebagai peguam syarie di Mahkamah
Syariah Wilayah Persekutuan selepas seorang anak guamnya membuat aduan
atas alasan beliau gagal hadir dalam satu keputusan kes cerai. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.