Masdar Wahid
KUALA LUMPUR: Bekas pegawai khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri akan memfail notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara dan sebatan terhadapnya, kata peguam Ahmad Nizam Hamid.
“Kita akan mengemukakan notis rayuan dalam masa terdekat mengenai kes itu.
“Rayuan bertujuan agar sabitan terhadap anak guam saya diketepikan,” kata Nizam ringkas ketika dihubungi Keadilandaily.
27 Jun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Abdul Alim Abdullah bersetuju menangguhkan hukuman itu
sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan yang akan dikemukakan Nizam bagi pihak Yahya.
Yahya dihukum penjara dua tahun dan dua sebatan atas tuduhan menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Datuk Abdul Karim Munisar untuk mendapatkan sumbangan RM50,000 bagi Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat yang berlangsung pada 4 Jun 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.