Hal ini katanya berlaku apabila ramai pihak tidak dapat menghubunginya setelah kedua-dua telefon bimbit miliknya disamun dalam satu kejadian kira-kira dua bulan lalu.
“Apabila berjumpa mereka, ramai yang tanya saya tak sudi ke terima tawaran mereka sebab mereka cuba hubungi saya tetapi gagal.
“Ketika itu mereka tidak tahu tentang kejadian samun itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Akhir MasterChef Selebriti Malaysia, semalam.
Norish berkata, ketika kejadian, dia bersama tiga anaknya sedang berada di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota.
“Saya sedang mencari kedai tapi apabila keluar dari lif, rupa-rupanya kami tiba di tingkat yang salah terus menuju ke kawasan letak kereta.
“Tiba-tiba ada orang pegang saya dari belakang dan letak sesuatu yang tajam di leher saya. Saya jangka ada tiga orang yang merompak itu.
"Mereka ambil telefon bimbit dan wang tunai yang saya letak dalam beg,” katanya yang kerugian hampir RM 10,000.
Akui tidak melawan demi keselamatan anak-anaknya, Norish hanya merelakan barang-barangnya diambil.
“Kalau saya sendiri, mungkin saya bergelut. Semua telefom bimbit saya yang menyimpan nombor-nombor penting turut diambil,” katanya.
Norish juga akui tidak membuat laporan polis atas kejadian itu.
“Saya ada lapor pada ‘mall’ itu saja. Tak guna rasanya nak lapor pada polis sebab mereka ada lagi banyak kes-kes besar.
“Saya cuma hilang dua telefon bimbit dan duit saja. Saya rasa tak perlulah,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.