Rabu, 26 Jun 2013

Keluarga Kugan menang saman terhadap polis, kerajaan

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Keluarga mendiang A Kugan, tahanan yang mati dalam lokap polis Subang Jaya pada 2009, hari ini menang dalam saman sivil yang dikemukakan mereka ke atas polis dan kerajaan.

Mengikut Malaysiakini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini mengarahkan responden membayar ganti rugi RM751,700 kepada keluarga si mati dan RM50,000 lagi untuk kos lain.

Penghakiman itu dibuat Hakim Datuk V T Singham.

Kugan

Ibu Kugan, Indra Nallathamby, 43, pada Januari tahun lalu memfailkan saman sivil untuk menuntut kerugian RM100 juta dari kerajaan dan polis yang didakwanya melakukan “pembunuhan kejam” terhadap anak lelakinya.

Beliau menamakan Ketua Polis Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini Ketua Polis Negara), pegawai polis Navindran Vivekanandan, Ketua Polis Subang Jaya ketika itu, Zainal Rashid Abu Bakar (kini meninggal dunia) termasuk Ketua Polis Negara ketika itu, dan kerajaan sebagai defendan.

Keluarga Kugan diwakili peguam Latheefa Koya dan N Surendran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.