Keputusan itu sekali gus melayakkan pasukan bimbingan Bojan Hodak itu bergelar johan untuk kali kedua berturut-turut.
Gol tunggal Kelantan dijaringkan oleh Mohd Norfarhan menerusi hantaran kapten pasukan, Mohd Badhri Radhzi (Piya) pada minit ke-16.
Kelantan juara Piala FA
Dalam perlawanan malam ini, Kelantan hampir mendapatkan jaringan awal pada babak pertama perlawanan menerusi pemain pertahanannya, bagaimanapun sepakan tersasar.
Sepakan percuma pertama yang diterima oleh Farid Ramli gagal membolosi gawang Kelantan setelah ditangkap kemas oleh Khairul Fahmi Che Mat (Apek).
Kelantan sekali lagi hampir menjaringkan gol tetapi percubaan pemain importnya, Dickson Nwakaeme gagal menembusi gawang JDT yang berjaya dikekang pertahanan lawan pada minit keempat.
Kelantan terus menunjukkan taring apabila percubaan Ahmad Fakri Saarani yang menerima lorongan daripada Nwakaeme hampir menjaringkan gol untuk pasukan The Red Warriors (TRW), tetapi dihalang kemas oleh Muhd Al-hafiz pada minit kelapan.
Pada minit ke-11, Kelantan terus berusaha mendapatkan gol awal namun percubaan hasil sepakan percuma tersasar.
Keghairahan Kelantan dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila rembatan kencang Mohd Norfarhan hasil hantaran kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi pada minit ke-16 berjaya menewaskan Al-Hafiz.
Tersentak dengan gol awal Kelantan, jurulatih JDT, Fandi Ahmad mengubah strategi dengan mengeluarkan Safee Sali dan memasukan penyerang import, Leonel Nunez.
Kemasukan Nunez nyata memberi kesan apabila setelah 16 minit berlangsung peluang pertama JDT muncul, namun kedudukannya offsaid.
Nunez sekali lagi membahayakan gol Kelantan pada minit ke-26, namun percubaan itu berjaya diselamatkan oleh Mohd khairul Fahmi Che Mat (Apex).
Kelantan terus mengatur strategi dan melakukan serangan, namun percubaan Nwakaeme dan Fakri gagal menambah gol Kelantan setelah dikekang pertahanan JDT, pada minit ke-36.
Bersambung babak kedua, JDT mula bertindak agresif dengan melakukan asakan menerusi Nunez. Percubaan sepakan percumanya tersasar jauh.
Fandi Ahmad yang terus mencari gol penyamaan sekali lagi melakukan pertukaran dengan membawa keluar Safiq Rahim dan menggantikan Ezrie.
Perubahan yang dilakukan Fandi nyata tidak membuahkan hasil apabila setiap percubaan yang dilakukan berjaya dihalang pertahahan Kelantan.
Pada minit ke-58, pemain JDT, Farid Ramli dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan setelah mengasari lawan.
Peluang Kelantan untuk menambah gol kedua terbuka luas apabila sepakan percuma yang dilakukan Piya nyaris membolosi gawang, bagaimapun berjaya didakap kemas penjaga gol JDT.
JDT terus melakukan serangan bertali arus menerusi sepakan percuma Azwan Roya namun ia masih gagal oleh skuad Harimau Selatan.
Selepas itu, pada minit ke-77, pemain Kelantan, Daudsu dilayangkan kad kuning kerana mengasari pihak lawan diluar petak penalti dan tendangan percuma untuk JDT.
Namun, hantaran lintang Azwan roya juga diselamatkan oleh Apex.
JDT yang masih enggan berputus asa terus berusaha mencari gol penyamaan dan tendangan percuma oleh Nunez hampir menjaringkan gol namun tersasar.
Akhirnya, keputusan 1-0 kekal sehingga ke wisel penamat dan keputusan itu sekali gus memadam impian JDT untuk menjulang Piala FA buat julung kali.
Senarai barisan pemain Kelantan:
Azizi Matt Rose, Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim, Mohd Shakir Shaari, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Norfarhan, Mohd Duadsu, Badhri Radzi (K), Mohd khairul Fahmi, Dickson Nwakaeme, Zairul Fitree
Senarai barisan pemain JDT:
Mohd Al-Hafiz, Kamarul Afiq (K), Ahmad Tharmini, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha. Andre Francisco, Nurul Azwan Roya, Mohd Safee Sali, Muhd Nazri Ahmad, Jasazrin Jamaluddin, Mohd Farid Ramli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.