Ahad, 30 Jun 2013
Jalan utama Sibu ke Miri akan menjadi lebuh raya sepenuhnya menjelang 2015
Jalan dua hala Pan-Borneo sepanjang 400 kilometer yang merupakan jalan utama antara Sibu, Bintulu dan Miri di Sarawak akan dinaik taraf menjadi lebuh raya sepenuhnya menjelang 2015.
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata keutamaan diberi kepada jalan itu berikutan pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbahru Sarawak (Score) yang dijangka membawa kesan positif terhadap ekonomi di kawasan itu.
"Memandangkan beberapa bahagian jalan itu telah dinaiktaraf, Insya-Allah ia (kerja menaik taraf) boleh disiapkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Malayu Malaysia (PKMM) cawangan Sarawak di sini hari ini.
Beliau berkata tumpuan selepas ini ialah menaiktaraf jalan antara Serian dan Betong melibatkan laluan kira-kira 186 kilometer.
"Sudah pasti, berdasarkan manifesto (pilihan raya umum ke-13 Barisan Nasional) kami akan melaksanakannya dalam tampoh lima tahun akan datang, dan pelaksanaannya dibuat secara berperingkat," katanya.
Beliau berkata permohonan peruntukan daripada kerajaan negeri Sarawak untuk projek lebuh raya itu kini berada di Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk kelulusan. -Bernama,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.