Rabu, 26 Jun 2013

Dewan Rakyat tolak usul jerebu

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar bagi membincangkan krisis jerebu yang melanda negara.

Keputusan penolakan tersebut diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada persidangan pagi ini.

Usul tersebut sebelum ini dikemukakan kedua-dua wakil Pakatan dan BN iaitu Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dari DAP dan Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Wee Ka Siong dari BN.

Sewaktu memberikan penjelasan kepada penolakan itu, Pandikar turut meminta ahli parlimen berkenaan membangkitkan isu tersebut semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong.

Dalam perkembangan berkaitan, keadaan jerebu yang melanda negara ini dilaporkan semakin pulih dengan tiada lagi kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) paras bahaya setakat pagi ini.

Ianya turut dibantu faktor hujan yang turun di beberapa kawasan sejak semalam sekaligus meningkatkan kualiti udara di kawasan terlibat.

Pelabuhan Klang yang mencatat bacaan IPU 464 pada pukul 5 petang semalam merekodkan 140 pagi ini, manakala Sri Manjung dan Jalan Pegoh di Perak yang masing-masing mencatat 290 dan 211 semalam, menunjukkan peningkatan kualiti udara pagi dengan IPU 137 dan 118.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.