MSO
Bukan saja sesuatu yang mengejutkan tetapi ia mengaibkan apabila
bekas Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendakwa himpunan
Black505 yng memprotes keputusan pilihan raya umum ke-13 lalu dibiayai
oleh pihak asing manakala Anwar Ibrahim pula dibantu oleh beberapa pihak
khasnya dari Turki, Washington dan Filipina.
Dakwaan Jusuff itu disiarkan dalam sebuah media Penjilat Buntut hari ini
yang mementing laporan sebuah protal berita di Jakarta yang mengadakan
interviu dengan Jusuf.
Laporan itu juga menyebut Jusuf berkata mungkin bantuan untuk Anwar juga
datang dari Thailand dan China. Jusuf dakwa dia mengetahui itu dari
rakan-rakan bisnesnya? Iya ke?
Walaupun kenyataan Jusuf itu berbentuk spekulasi dan
andaian semata-mata tetapi ia sesuatu yang sungguh keji kerana ia
memjantuhkan maruah Anwar dan pengajur himpunan Black505. Jusuf harus
sedar siapa dirinya sebelum mengeluarkan tuduhan berkenaan. Persoalannya
dari manakah Jusuf mendapat maklumat berkenaan yang tidak disertakan
dengan bukti.
Justeru maklumat itu tentu datangnya dari Malaysia juga dan siapakah
yang membekalkan maklumat palsu itu kepada Jusuf. Di sini orang boleh
beranggapan yang membekalkan maklumat atau 'strategi' demikian kepada
Jusuf adalah manusia yang ada dalam 'war room' Najib juga yang diketehui
ada hubungan baik dengan oknum di Jakarta.
Sebagai seorang tokoh politik terbilang dan cuba menjadi mediator di
antara Anwar dan Najib, Jusuf seharusnya menyelidik mengenai kesahihan
maklumat itu. Dengan beliau meratah begitu saja maklumat itu dan dipetik
oleh media lain ia memberi gambaran betapa buruknya Jusuf Kalla. Jusuf
Kalla boleh dianggap sebagai berua politik serantau.
Tuduhan Jusuf yang berat sebelah itu juga menyebabkan orang boleh
mengatakan dia bias kepada Najib. Mungkin hubungi darah beliau sebagai
sebangsa, Bugis dengan Najib menjadikan Jusuf mereng dan iseng serta
sinting dan apa saja tindakannya sebagai mediator tidak adil dan
berpihak.
Ada kemungkinan Jusuf membuat kejutan begitu kerana kecewa apabila
usahanya untuk mempersatukan Najib dengan Anwar gagal. Terdengar khabar
sebelum ini bahawa Jusuf beriya mahu memperstukan Aawar dengan Najib
atas alasan untuk kebaikan agama dan bangsa. Najib dikatakan memohon
kebijaksanaan dan hubungan Jusuf dengan Anwar bagi meringan beban
politiknya.
Najib tidak sanggup berterusan berdepan dengan ancaman dari Anwar yang
memimpin Pakatan Rakyat di mana kalau ia tidak dikendurkan menyebabkan
Najib boleh gugur dari jawatannya. Lantas itu Jusuf dikatakan
mengemukakan formula agar ada perdamaian di antara Najib dengan Anwar.
Adalah difaham perkataan 'perdamian nasional' yang disebut Najib sebaik
selesai pilihan raya adalah tajuk rangka damai yang dicipta olehg Jusuf
Kalla.
"Frasa perdamian nasional itu adalah bahasa Pak Jusuff, Pak.." demikian
kata penutur dari Jakarta kepada saya ketika saya di Jakarta baru-baru
ini.
Cadangan itu dipersetujui oleh Najib tetapi khabarnya Anwar menolak
kerana ia tidak adil serta tempeng jauh sekali menepati maksud perdamian
nasional. Najib mahu kerjasama ke arah kebaikan bangsa dan agama itu
hanya dengan Keadilan (Anwar) saja tetapi tidak dengan DAP. Anwar
terpaksa menolak kerana DAP adalah rakan Keadilan bersama Pas dalam
Pakatan Rakyat.
"Kalau mahu mestilah kerjasama bersama Pakatan Rakyat, bukan terpilih,"
demikian antara jawaban yang ditutur Anwar. Penolakan berhemat Anwar itu
katanya tidak disenangi oleh Jusuf Kalla dan meletakkan usahanya gagal.
Katanya Jusuf sangat kcewa atas pendirian Anwar itu.
Mungkin kerana kegagalan dan rasa kecewa itulah maka Jusuf membuat satu
kenyataan negatif menuduh Anwar ditaja oleh orang asing. Tjuannya untuk
memburukkan Pakatan Rakyat di muka rakyat Malaysia. Jusuf mengetahui
bahawa himpunan Black505 adalah atas restu Pakatan Rakyat.
Atas hakikat itu kenyataan Jusuf itu satu pembohongan dan beliau perlu
menarik balik. Sebelum anak-anak muda yang terlibat dan menyokong
himpunan Black505 melancarkan kempen mengutuk Jusuf elok kalau beliau
membuat apologi. Bukan itu saja tindakan Jusuf juga sesuai dengan beliau
sebagai seorang mukmin yang mempercayai ajaran Islam Quran dan Hadith
di mana si pembohong lidahnya akan dipotong akhirat besok. [wm.kl.6:23 pm 28/06/13] # tanpa edit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.