Abdul Aziz Mustafa, |
KUALA LUMPUR: Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara
Tan Sri Khalid Abu Bakar akan ditulis dalam sejarah sebagai dua watak
yang mengheret Malaysia kembali ke zaman gelap di bawah Tun Dr Mahathir
Mohamad, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Ketika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) di kenang sebagai Perdana Menteri kerajaan minoriti yang pertama dalam sejarah negara ini, Zahid dan Khalid pula akan dikenang sebagai dua watak yang mengheret Malaysia kembali ke zaman gelap Dr Mahathir," katanya.
Beliau mempertikaikan tindakan polis menangkap para pemimpin dan aktivis seperti Adam Adli, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Datuk Tamrin Tun Ghafar dan Haris Ibrahim yang hanya menguntungkan kepentingan Umno BN.
"Rabu lalu, ketika berucap kepada rakyat yang berhimpun menyokong Adam Adli berdekatan Lokap Berpusat Jinjang, saya memberitahu tidak sepatutnya Adam ditangkap.
"Dia tidak bersenjata, dia tidak menghasut orang membawa senjata, membakar rumah atau melakukan apa-apa perbuatan yang memudaratkan keselamatan awam.
"Begitu juga Tamrin, Tian Chua dan Haris. Mereka tidak pernah menghasut sesiapa pun mencetuskan penentangan bersenjata," kata beliau.
Serentak itu, Salahuddin juga menyokong ikrar DAP untuk mempersoalkan keghairahan Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar memangsakan ahli-ahli politik Pakatan Rakyat.
"Ketika rumah kakaknya sendiri di Mantin di rompak dan rumah adik Timbalan Perdana Menteri di Petaling Jaya juga dirompak, Khalid sepatutnya menumpukan tugasnya membenteras jenayah dan bukannya melakukan tugas lain untuk menyenangkan hati para pembesar-pembebsar Umno," kata Salahuddin.
Salahuddin hairan mengapa Khalid dan pasukan polis lebih takutkan nyalaan lilin dan perkataan 'spring' berbanding kadar jenayah yang semakin membimbangkan rakyat.
Salahuddin mengingatkan, hakikat bahawa negara ini yang tidak selamat dari jenayah turut diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low apabila beliau berkata, para menteri akan terancam keselamatan mereka jika mengisytiharkan harta.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.