Rabu, 1 Mei 2013

Tawan DUN Seberang Jaya

Oleh: Mohd Ariff Juhaini

KEADILAN bukan sahaja mampu mengekalkan penguasaan di Permatang Pauh, malah yakin Dun N10 Seberang Jaya juga akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU ini, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Md Ghazali.

Sepanjang kempen, penduduk memberikan respon positif terhadap calon KEADILAN, Dr Afif Bahardin, 28 yang merupakan calon termuda bertanding di Pulau Pinang.
afif

Afif yang juga naib ketua AMK Pulau Pinang, merupakan graduan Uitm dan pernah berkhidmat sebagai doktor di Hospital Pulau Pinang.

“Parti memilih calon yang betul apabila memilih Afif. Dia orang muda, anak tempatan, mesra dengan penduduk sini, dan diterima semua parti komponen PR Pulau Pinang,” ujar Amir kepada Keadilan Daily.

Beliau berkata jentera kempen sudah bergerak sepenuhnya di ketiga-tiga Dun yang berada dalam Permatang Pauh iaitu Seberang Jaya, Penanti dan Permatang Pasir.

Menyentuh kempen pihak lawan, Amir berkata, jentera BN gagal memecahbelahkan perpaduan PR khususnya KEADILAN dan Pas.

Katanya, beberapa kain rentang yang berbunyi hasutan supaya PAS bersatu dengan Umno untuk menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berjaya. Tujuan kain rentang itu digantung untuk menyokong presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri.

“Tetapi bukan sahaja provokasi itu gagal bahkan ramai petugas PAS marah dengan usaha keji berkenaan.

Mereka beramai-ramai mencabut kain rentang itu sebagai tanda solidariti dengan KEADILAN bagi menumbangkan BN dalam PRU,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.