Khamis, 2 Mei 2013

Peserta flashmob cuba dilanggar

Harakahdaily,



Gambar dari rakaman video peristiwa cuba melanggar peserta flashmob di Kota Bharu

KOTA BHARU: Seorang pemimpin NGO menuntut royalti untuk Kelantan, R hampir maut apabila cuba dilanggar oleh sebuah kereta semalam.

Ia berlaku ketika mereka mengadakan kempen bisu (flashmob) di beberapa tempat sekitar bandar ini semalam.

Dalam kejadian yang berlaku itu, sebuah kerena Proton Perdana hitam cuba melanggar Naib Presiden R, Haji Abdul Samah Hassan, 55 tahun.

Mereka sempat merakam kereta yang bernombor WHK 7176 itu.

R menganjurkan aktiviti Flashmob KB (Kota Bharu) kali pertama di Kelantan.  Ia dijalankan serentak dengan rakan-rakan Ngo seluruh negara termasuk di Kuching, Kuala Terengganu, Kuantan, Ipoh, Johor, Sabah, Melaka, Selangor dan Perak.

Flashmob adalah kempen bisu dan hanya mengangkat plycard sebagai tanda protes terhadap isu isu penafian hak Royalti, Manifesto PR vs BN dan lain-lain.

Ia lebih mengutamakan rakyat melalui isu pendidikan percuma, isu permindahan guru, undi PR dapat Royalti pada 6 Mei dan lain-lain lagi.

Program ini bermula seawal jam 10 pagi yang disertai lebih 104 org aktivis (dua shif - pagi 44 dan petang 60) di Pasaraya Mydin, Simpang 4 Kubang Kerian, Simpang 4 Pasaraya Bilal, Bulatan Kampung China dan Simpang 4 KB Mall.

Rata-rata peserta adalah anak-anak muda Melayu dan Cina, Mahasiswa, warga emas, pekerja swasta dan ahli ahli ngo.

Susulan kejadian itu, pihak R amat kesal dengan pengikut fanatik parti tersebut dan akan membuat laporan polis hari ini (Khamis) di IPD Kota Bharu dan kemungkinan akan mengambil tindakan mahkamah kepada individu terbabit.

R juga akan mengadakan satu lagi siri Flashmob KB 2.0 di Simpang 4 Tesco pada hari ini iaitu  pada jam 3 petang.

Ia dibuat sempena kehadiran perdana menteri kerajaan sementara Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan.

"Kami tuntut PM berikan royalti pada Kelantan seperti beliau boleh beri pada Pahang, walaupun minyak akan keluar tahun hadapan 2014, tapi beliau sudah melangkaui kuasa Jawatankuasa Bayaran Tunai dengan mengumumkan Pahang layak terima bayaran tunai @ royalti RM100 juta setahun bermula pada tahun 2014," kata Khairul Nizam Abdul Ghani, Pengarah Flashmob R.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.