Oleh: Aisha Geofrey
SHAH ALAM: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
(Exco) memulakan tugas rasmi sejurus selepas istiadat mengangkat
sumpah, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
“Kita
juga akan memulakan mesyuarat pertama pada petang ini kerana kita tak
mahu bazirkan masa sehingga satu minggu tanpa ada mesyuarat dan
perbincangan bersama,” kata Khalid ketika sidang media di Istana Alam
Shah, hari ini.
Beliau berkata keutamaan tugas barisan Exco kali ini adalah
meningkatkan perkhidmatan bekalan air kepada rakyat Selangor serta
kemudahahan awam terutamanya menaik taraf jalan raya.
“Selain menangani isu air dan jalan raya, kerajaan Selangor juga
komited untuk meneruskan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan
mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat di samping melipat gandakan
pembangunan ekonomi,” jelasnya.
Barisan Exco kali ini terdiri daripada gabungan ahli baru dan lama,
yang turut menyaksikan pertambahan wanita lebih ramai dalam pentadbiran
negeri.
Antara ahli Exco yang baru termasuk Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi
yang memegang portfolio Kesihatan, Pembangunan Usahawan serta Sains,
Tekonologi dan Inovasi. Speaker pada 2008, Datuk Teng Chang Kim juga
membarisi barisan Exco kali ini dengan memegang portfolio Kerajaan
Tempatan serta Kajian dan Penyelidikan.
Selain itu, Ean Yong Hian Wah (Adun Sri Kembangan) dan V. Ganapathi
Rao (Adun Kota Alam Shah) juga merupakan antara muka baru yang
ditampilkan bagi penggal ini.
“Saya yakin barisan Exco mampu memberi komitmen yang tinggi terhadap
bidang tugas yang telah diamanahkan demi meneruskan kecemerlangan
kerajaan Selangor,” kata Khalid mengulas perlantikan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.