Khamis, 30 Mei 2013

Mahkamah tolak rayuan kes rasuah Khir Toyo

THE  MALAYSIAN INSIDER
 
KUALA LUMPUR — Mahkamah Rayuan menolak rayuan bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo berhubung kes rasuahnya hari ini.

The Star Online melaporkan dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan hakim perbicaraan tidak membuat apa-apa kesilapan dalam membuat keputusannya.
Panel mengatakan hakim Mahkamah Tinggi telah bertindak dengan betul apabila menolak pembelaan Khir dan mensabitkannya bagi pertuduhan itu.

Panel yang diketuai oleh Hakim Abdu Samah Nordin dan terdiri daripada Hakim Azahar Mohamad dan Aziah Ali.

Penghakiman dibacakan oleh Hakim Azahar.

Dr Khir (gambar) didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember, 2011 kerana dikatakan membeli dua bidang tanah dan rumah banglo di Seksyen 7, Shah Alam lebih murah dari harga sebenar di pasaran.

Beliau didapati bersalah menggunakan pengaruhnya sebagai menteri besar untuk membeli kediaman mewah dan tanah sehingga potongan sebanyak RM3 juta lapan tahun lalu.

Menurut mahkamah, RM3.5 juta yang dibayar oleh bekas menteri besar bagi hartanah itu adalah satu pertimbangan tidak wajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.