Selain itu, beliau juga berkata, setiap penambahan aset ketika seseorang exco itu bertugas juga perlu diisytiharkan.
"Boleh
(isytihar harta). Tahun lepas kita sudah ada apa yang dikatakan sebagai
pengisytiharan yang mana kita akan teruskan cara yang telah kita buat
dahulu. Jadi setiap penambahan aset semasa exco itu bertugas juga akan
dilaporkan.
"(Ia) Termasuk exco yang lama.
Exco lama dan baru," katanya dalam sidang media selepas upacara
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Dan Aku Janji Ahli Majlis di Istana Alam
Shah, Klang hari ini.
Pengerusi panel itu, Datuk Johan Jaafar berkata cadangan itu bagi memperkukuhkan komitmen mereka memerangi rasuah, sekaligus mengatasi keraguan tentang aset mereka dalam tempoh menjadi wakil rakyat.
Sementara itu, dalam sidang media sama, Khalid juga memberitahu, upacara angkat sumpah bagi Speaker dan Timbalan Speaker serta Ahli DUN akan diadakan pada 21 Jun depan.
Menurut Khalid lagi, pada 28 Jun pula, sidang DUN negeri yang pertama bagi penggal ini akan diadakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.