Ahad, 28 April 2013

Terbukti Nyata UMNO Penyebar Video Lucah Palsu Mustafa Ali


Banner yang terpapar di atas menjelaskan bahawa UMNO terlibat secara lansung menyebar video lucah palsu Mustafa Ali.

KELAB GREENBOC

Mustafa: Saya akan lawan saman Umno.

KUALA LUMPUR - "Saman itu (Umno) saya akan lawan, dia saman tiga, saya, Zulkifli, dan Asmuni. Kami akan lawan Umno." Demikian tegas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini.

Katanya, beliau tidak gentar dengan saman Umno, sebaliknya akan melawan kes itu di mahkamah dalam masa terdekat.

"Dia dah saman saya, kita lawan yang itu dulu, biar selesai satu-satu," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas di sini, hari ini.

Ketika ditanya pemberita sama ada beliau akan mengambil tindakan yang sama seperti Umno, katanya, perkara itu perlu diselesaikan satu persatu dan Mustafa enggan meletakkan sebarang komitmen untuk mengambil tindakan balas.

"Saya tak nak buat komitmen apa-apa (pasal video), saya akan lawan yang itu dulu," katanya yang enggan mengulas lanjut tentang pendedahan video skandal seks itu sambil menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya.

Mustafa berkata demikian mengulas lanjut tindakan Umno yang memfailkan saman terhadap beliau, peguamnya Asmuni Awi dan Ketua Pengarang Harakah Daily.net, Zulkifli Sulong berhubung dakwaan yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran video lucah di laman sesawang Papa Gomo pada 11 April lalu.

Saman itu difailkan oleh Datuk Abdul Rauf Yusof atas kapasiti pegawai awam bagi Umno dan juga plaintif, melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 April lalu.

Pihak plaintif antaranya menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan dan injuksi serta menuntut permohonan maaf.

Walaupun Mustafa diasak beberapa kali oleh pemberita tentang isu video itu, beliau secara ringkas berkata, beliau akan menjawab persoalan itu dalam ceramah kempen pilihan raya di Rusila, Terengganu pada 3 Mei ini.

"Kalau nak tahu lanjut isu video, boleh datang dengar ceramah saya di Rusila, Terengganu pada 3 Mei depan," katanya. -SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.