MALAYSIA KINI
Pengerusi
BN Johor Abdul Ghani Othman menggesa dua mahasiswa Kolej Universiti
Selatan yang mendakwa dicabul penyokong BN dalam majlis dihadiri perdana
menteri semalam tampil membuat laporan polis."Tapi kalau berlaku tolong buat laporan pada polis dan biar mereka siasat," katanya ketika ditanya pemberita.
Beliau bagaimanapun berkata, tuduhan itu "tidak semestinya betul siapa yang membuatnya".
Ghani berkata, beliau tidak sedar jika benar dakwaan itu berlaku walaupun hadir dalam program yang dirasmikan Datuk Seri Najib Razak di Skudai itu.
"Ia kawasan awam, kamu tahu. Tiada organisasi mampu melihat kemungkinan berlakunya insiden sebegitu. Ia sebenarnya (tanggungjawab) keselamatan oleh polis," tambahnya.
Dua gadis 19 tahun itu - dirujuk sebagai X dan Y - yang ditugaskan sebagai wanita pengiring bagi menyerahkan pen untuk perdana menteri menandatangani plak mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika keadaan sesak.
"Kemudian ada seseorang sentuh punggung saya. Saya beritahu dia (Y) 'seseorang sedang sentuh saya'...," kata seorang daripadanya kepada Malaysiakini.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden kolej itu Thock Kiah Wah secara terbuka meminta maaf atas kejadian semalam, termasuk insiden gadis yang didakwa dicabul.
Permohonan maaf itu dibuat selepas 200 mahasiswa berkumpul dan menyatakan bantahan mereka, serta berkali-kali menuntut Thock meminta maaf.
"Semalam saya sudah minta maaf (secara peribadi kepada siswa itu). Hari ini saya minta maaf kepada semua orang. Hari ini saya minta maaf lagi," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.