Oleh: Aedi Asri
KUALA LUMPUR : Pemindahan dana 1 Malaysia Development Berhad
(1MDB) ke dalam akaun sulit di Cayman Islands, United Kindom melebihi
kuasa badan pelaburan milik negara itu, kata editor akhbar The Edge, M
Shanmugam.
Beliau merujuk pemindahan RM7.18 bilion ke pusat kewangan pesisir
pantai itu, yang dinyatakan dalam laporan tahunan 1MDB dan didedahkan
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Shanmugan berkata, mandat utama 1MDB yang diilhamkan Perdana Menteri
sementara, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya menarik pelaburan asing ke
dalam projek berimpak tinggi dalam ekonomi domestik.
“Beberapa siri urus niaga kabur dalam urusan 1MDB dengan PetroSaudi
International (PSI) bangkitkan lebih banyak persoalan, yang mana badan
pelaburan yang dilindungi kerajaan itu menolak untuk jawab.
“Contoh jelas adalah penebusan kertas hutang Islamik (Islamic debt
paper) oleh PSI (kepada 1MDB) yang meningkat kepada RM6.8 bilion setakat
31 Mac 2012. Jumlah ini termasuk ‘keuntungan yang boleh diterima’ atau
bayaran faedah yang belum dibayar PSI kepada 1MDB atas bon Islamik itu.
“Pada 1 Jun 2012, 1MDB ambil 49 peratus pegangan ekuiti dalam
PetroSaudi Oil Sdn Bhd (PSOSL) dari PSI. Nilai pegangan itu sama dengan
jumlah yang dihutang kepada 1MDB. Maka, bon Islamik itu dikira sudah
ditebus,” katanya dalam rencana fz.com.
Memetik rencana itu lagi, beliau mempersoalkan kekurangan maklumat
mengenai PSOSL, walaupun dikatakan memiliki urus niaga yang melibatkan
sejumlah wang yang besar.
“Apakah perniagaan utamanya, aset, liabiliti, keuntungan dan situasi
aliran tunai? Apakah saiz sebenar syarikat ini? berdasarkan transaksi
antara 1MDB dan PSI, ia tentulah besar…(Tetapi) kenapa terlalu kurang
maklumat mengenainya?,” katanya, seperti dipetik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.