Selasa, 30 April 2013

Pengguna Youtube belum diterokai untuk pertempuran PRU13, kata badan pemikir

Oleh Debra Chong
Penolong Pengarang Berita

KUALA LUMPUR — Terdapat peningkatan dalam angka rakyat Malaysia beralih ke Youtube untuk mendapatkan berita politik, kata badan pemikir tempatan, mencadangkan kumpulan demografi ini menjadi sumber penting pengundi yang belum diterokai dalam Pilihan Raya 2013.

Badan bebas Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) mengatakan mereka telah menjalankan survey terhadap 26 sampel video politik termasuk yang berkaitan dengan pemimpin dari kedua-dua belah pihak dan mendapati pembangkang Pakatan Rakyat (PR), terutamanya PKR meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan menjana lebih banyak “suka” berbanding parti pemerintah itu.

“KPRU berpendapat, rakyat Malaysia yang mahir teknologi telah memilih Youtube sebagai saluran utama memperoleh maklumat mengenai keadaan politik dan pilihan raya berbanding saluran media perdana.

“Ini menunjukkan Youtube memainkan peranan penting dalam penyebaran idea dan berita dalam Malaysia,” kata Pengarah Eksekutif KPRU Ooi Heng dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam.

LIHAT VIDEO DI SINI

Dalam sampel mereka, KPRU mengkaji video memaparkan Datuk Seri Najib Razak, klip pada Febuari dimana perdana menteri sementara itu di konsert amal Tahun Baru Cina di Pulau Pinang dan berkata ia telah mendapat jumlah penonton tinggi, dan tanda “tidak suka” direkodkan di kalangan pengguna Youtube juga adalah tinggi.

Sebaliknya video kempen politik seperti “Mesti mengundi Barisan Nasional dalam PRU ini” dan dalam jangka masa menjelang pilihan raya umum ke 13, “Bajet 2013: Tanya Najib” di mana pengguna Internet boleh mengambil bahagian dalam sesi soal-jawab pada masa sebenar, mendapat tontonan yang rendah tetapi tinggi dalam jumlah “tidak suka”.

Klip video ‘Google Hangout’ Najib melihat sebanyak 129,336 tontonan dan jumlah ‘tidak suka’ sebanyak 15,153, kata badan pemikir berusia lima tahun itu yang memberi tuampuan kepada kajian ekonomi politik dan reformasi parlimen.

Sebagai perbandingan, klip yang memaparkan pesaing Najib, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti wawancara ketua pembangkang itu dengan saluran berita Al-Jazeera mempunyai jumlah penonton tinggi dan jumlah ‘suka’ yang tinggi juga.

Dua klip yang memaparkan sesi “Google Hangout” bersama Anwar Ibrahim yang dimuat naik oleh akaun penasihat PKR itu menjana 53,603 tontontan, 307 ‘suka’ dan 82 ‘tidak suka’, kata KPRU.

Video manifesto BN hanya meraih sebanyak 3,050 tontonan, manakala video Kempen Wanita di Tangan Mu oleh PKR meraih sebanyak 27,705 tontonan, kata KPRU.

LIHAT VIDEO DI SINI
 
“Ini dapat menjelaskan bagaimana pengguna Youtube tidak menunjukkan minat kepada manifesto BN,” tambah mereka lagi.

Laman sesawang Youtube mempunyai lebih dari 1 bilion penonton setiap bulan, kata KPRU, 80 peratus pengguna internet di Malaysia menonton video di Youtube dan lebih separuh dikategorikan pengguna aktif di laman perkongsian video terkenal itu.

Laman sesawang pemantau media sosial Socialbreaker meletakkan penetrasi internet di Malaysia pada tahap 62 peratus daripada 29 juta penduduk Malaysia pada Januari tahun lepas. Malaysia mempunyai hampir 13 juta pengguna Facebook, dimana 64 peratus berusia diantara 18 hingga 34 tahun.

“Walau bagaimanapun, corak yang baru muncul dari senarai tidak boleh diabaikan,” katanya.

Ia berkata trend kajian video menunjukkan video memaparkan Najib menghasilkan banyak maklum balas negatif daripada pengguna Youtube berbanding dengan sambutan positif diperolehi dari video memaparkan pemimpin atasan PR seperti Anwar atau sekutunya dari DAP Lim Guan Eng.

Diantara klip video politik popular adalah klip “Listen” yang dimuatnaik pada Januari menampilkan jurucakap pro BN, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin mengherdik mahasiswi KS Bawani yang dimuat naik oleh seorang pengguna Penguincute33 telah menjana sebanyak 1,290,835 tontonan, 4,002 ‘suka’ dan 1,053 ‘tidak suka’. Ianya juga telah menjana sebanyak 8,594 komen dari pelbagia jenis para pengguna, kata KPRU.

LIHAT VIDEO DI SINI
 
Walaupun pemikir mengakui sampel itu adalah kecil dan terbuka untuk perdebatan, ia mengandaikan PKR hampir mempunyai dunia dalam tangan berbanding dengan musuh politik mereka walaupun mungkin kalah dalam pilihan raya 5 Mei.

“Dalam erti kata lain, golongan mahir teknologi telah menunjukkan sokongan mereka kepada Keadilan dan bukannya BN.



“Dan keputusan akhir PRU13 ini mempunyai potensi untuk menyebelahi Pakatan dan mengecewakan BN,” kata KPRU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.