Penerbit
album Norman Abdul Halim tetap mempertahankan kenyataannya menerusi
Twitter dengan mendakwa industri hiburan negara ini akan hancur jika
Pakatan Rakyat (PR) termasuklah PAS memerintah selepas Pilihan raya
Umum ke 13 (PRU-13) nanti.
Norman berkata, tujuan dia menulis perkara itu adalah untuk membolehkan masyarakat membuka mata untuk melihat kelemahan PR dengan memberikan pendapat dalam Twitter berkenaan.
Norman berkata, tujuan dia menulis perkara itu adalah untuk membolehkan masyarakat membuka mata untuk melihat kelemahan PR dengan memberikan pendapat dalam Twitter berkenaan.
“Dengan
kenyataan yang diberi, saya menerima banyak kritikan tetapi apa yang
saya cakapkan sebenarnya adalah fakta, bukannya suka-suka atau mahu
menakut-nakutkan orang.
“Jangan
lihat industri seni ini pada satu sudut tertentu, lihat pada
keseluruhannya. Perlu diingat industri kreatif berkembang dan ia sekali
gus meningkatkan ekonomi negara.
“Apabila
saya kata industri hancur jika PAS memegang negara adalah kerana
tumpuan parti itu lebih untuk menjadi kerajaan khusus untuk Islam dan
Melayu.
Twitter yang ditulis Norman pada Ahad lalu mengundang kritikan banyak pihak.
“Dengan
dasar PAS yang sebelum ini sering menolak industri kreatif menerusi
pengharaman pawagam di Kelantan dan Terengganu, ia sedikit sebanyak
menghilangkan sebahagian sumbangan kepada ekonomi kita,” ujarnya kepada
mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Dalam
Twitter miliknya Ahad lalu Norman antara lain turut berkata
pengeluaran filem dan muzik antarabangsa juga akan turut terjejas.
Komen
Norman itu mendapat kritikan banyak pihak yang tidak bersetuju dengan
pandangan tersebut termasuklah penerbit filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri
yang menyifatkan pandangan berkenaan sebagai cetek.
Norman
yang juga Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) berkata,
kelemahan PAS dapat dilihat berpandukan kepada isu-isu sebelum ini
apabila pelbagai konsert telah diharamkan dan ia sekali gus menyekat
perkembangan industri seni negara.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan komen yang diberikan di Twitter bukan kerana mahu mengkritik mana-mana individu tertentu, sebaliknya dasar kepimpinan parti PAS.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan komen yang diberikan di Twitter bukan kerana mahu mengkritik mana-mana individu tertentu, sebaliknya dasar kepimpinan parti PAS.
“Orang
yang tidak rasional sahaja yang tidak boleh menerima kenyataan saya
itu. Lagipun saya cakap pun secara hormat dengan meminta maaf terlebih
dahulu sebelum berkata-kata.
“Jangan salah ertikan maksud saya. Saya seorang beragama Islam tetapi bukan agama PAS,” tegasnya.
Ahmad Idham pula menulis menerusi Twitter miliknya.
Pemikiran sempit
Mengulas
kenyataan tersebut Ahmad Idham berkata selebriti-selebriti yang
menganggap industri seni akan hancur dengan perubahan kerajaan adalah
mereka yang memiliki pemikiran sempit kerana cuba mengaitkannya dengan
hiburan.
“Saya
tidak berpihak kepada sesiapa tetapi ingin menegaskan kepada para artis
supaya tidak mengaitkan apa-apa perkara melibatkan politik dengan
industri seni.
“Apabila ada yang menganggap industri seni akan hancur sebaik sahaja pemerintahan kerajaan bertukar tangan, ia adalah satu perkara yang mengarut.
“Apabila ada yang menganggap industri seni akan hancur sebaik sahaja pemerintahan kerajaan bertukar tangan, ia adalah satu perkara yang mengarut.
“Bagi saya, industri seni kita mempunyai pendirian sendiri dan ia mampu berdikari walaupun sesiapa sahaja memimpin negara.
“Saya tak
mahu ada pihak menganggap orang seni terlalu bergantung harap kepada
kerajaan yang memerintah. Yang menjadi penentu filem saya laku atau
tidak bukan menerusi kontrak kerajaan, tetapi para penonton yang
menontonnya,” katanya.
Tambah
Idham lagi, dia yakin dengan memiliki produk filem atau muzik yang
bagus, industri seni tempatan tidak akan tergugat sama ada kerajaan
bertukar tangan mahupun tidak.
Dalam pada
itu, Idham turut menasihatkan kepada para artis yang terlalu lantang
bersuara berhubung hal-hal politik supaya mengkaji dahulu asal usul
parti serta sejarah negara.
Katanya,
jika komen yang diberi tanpa dibuat kajian, ia dikhuatiri mungkin boleh
memberikan persepsi buruk kepada masyarakat yang akan menganggap
artis tempatan mempunyai tahap pengetahuan yang cetek.Sumber: Mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.