Jumaat, 26 April 2013
Lelaki mati ditembak di hadapan lampu isyarat
R. Karikaalan, 29, mati ketika dalam perjalanan ke hospital setelah terkena dua dari 10 das tembakan yang dilepaskan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
Kejadian pada pukul 11.30 pagi itu turut menyebabkan ibu Karikaalan yang berusia 60 tahun cedera di lengan kanan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata ketika kejadian, Karikaalan bersama ibunya dalam perjalanan dari Ampang untuk ke rumahnya di Taman Puchong Hartamas.
“Ketika berhenti di lampu isyarat itu, sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki memakai topi keledar bercermin gelap menutup muka menghampiri kenderaan jenis Nissan Livina berwarna hitam yang dinaiki mangsa dan ibunya dan melepaskan tembakan,” katanya kepada pemberita di sini.
Ku berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya kemungkinan mangsa dibunuh kerana terlibat dalam pergaduhan dengan satu kumpulan di Puchong sebelum ini.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.