Keputusan PRU 13 Gelang Patah :
Terus-terang kami katakan bahawa kerusi Parlimen Gelang Patah, adalah
kerusi keramat bagi Parti BN (Barisan Nasional).
Keputusan Lim Kit Siang, untuk
bertanding di Gelang Patah untuk melawan Datuk Abdul Ghani Othman,
memeranjatkan ramai pihak. Terutamanya bagi Chua Jui Meng, wakil PKR
yang dikabarkan akan bertanding untuk Parlimen itu sebelum ini menjelang
Pilihanraya Umum 2013 (PRU 13). Itu dahulu. Hakikatanya….
Hakikatnya sebelum ini Datuk Seri Najib
Razak dalam lawatannya sebelum ini ke Johor sebanyak 2 kali dalam tempoh
seminggu telah pun memaklumkan berdasarkan siasatan dan sumber risikan
yang telah diperolehi Datuk Seri Najib, pimpinan BN Johor telah pun
dimaklumkan terdapat 5 kerusi parlimen yang tidak boleh diselamatkan lagi (kawasan hitam). Antaranya ialah :
- Kluang
- Segamat
- Tebrau
- Bakri
- Kulai
- Gelang Patah
Hilang keempat-keempat kerusia parlimen
di atas boleh diterima lagi, tetapi tidak untuk kerusi Gelang Patah.
Yang paling dibimbangkan Barisan Nasional BN adalah kehilangan kerusi
Gelang Patah menjelang Pilihanraya Umum 2013 (PRU 13). Di situlah
terletaknya Nusajaya di dalam kawasan Iskandar Malaysia (SEPERTI DI SINI) yang menampung pelaburan bernilai berbilion ringgit dan menjadi suatu simbol kejayaan UMNO Barisan Nasional di sana…..
Itu sebablah kita lihat sekarang
ini skrip sudah menjadi realiti. Lim Kit Siang akan berdepan dengan
bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman bagi merebut kerusi
Parlimen Gelang Patah.
- Kami berpendapat, keputusan Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah, adalah untuk “break the ice” di beberapa kawasan kubu kuat BN di Johor
- atau secara mudahnya, untuk memperluaskan lagi sayap pakatan di negeri Johor, yang pada PRU 2008 yang lalu, merupakan negeri yang boleh dikatakan, “Kubu kuat Barisan Nasional”
- Tetapi, mampukah? Apatah lagi, caon BN menang sebelum dnegan majoriti yang cukup selesa.
Keputusan PRU 13 : Adakah Gelang Patah Akan Terus Utuh Atau Bakal Retak & Patah Selepas Ini?
Kalau sebut Lim Kit Siang, macam-macam
isu yang boleh kita dengar. Veteran politik ini seringkali dikaitkan
dengan isu perkauman, malah ada yang melibatkan beliau sebagai pencetus
kejadian 13 Mei 1969 (DI SINI),
dimana kes ketegangan antara kaum berlaku yang mengorbankan banyak
pihak dan jiwa orang ramai.Komunis, Cauvinis, anti-melayu dan
bermacam-macam lagi.Manakala Datuk Abdul Ghani Othman pula dilihat
memperjuangkan ketuanan melayu, dengan menolak penggunaan “Bangsa Malaysia“, yang dikatakan sama dengan konsep “Malaysian Malaysia” yang dipelopori Lee Kuan Yew.
Tetapi harus diingat, dalam pilihanraya,
macam-macam boleh jadi. Daripada pemerhatian, gelombang rakyat
nampaknya lebih agresif. Dikala ramai calon “veteran” BN dilihat
bertanding di kawasan selamat, calon Pakatan Rakyat pula mengambil
risiko meninggalkan kawasan untuk meluaskan cengkaman. Apa yang Berita
Semasa perhatikan, BN semakin lama mengambil pendekatan defensif, dan
Pakatan Rakyat pula mengambil posisi sebagai penyerang dalam Pilihanraya
Umum 2013 (PRU 13) kali ini.
Adakah keputusan Lim Kit Siang
bertanding di Gelang Patah merupakan strategi yang baik bagi menarik
perhatian pengundi cina yang menjadi majoriti di Gelang Patah? Adakah
Abdul Ghani Othman berjaya untuk terus mempertahankan kerusi parlimen
Gelang Patah menjalang pilihanraya Umum 2013 (PRU 13) yang telah pun
berada di bawah genggaman BN selama hampir 5 dekad? Apa pandangan anda
pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.