MALAYSIA KINI
Pengerusi
MCA Selangor Donald Lim Siang Chai merayu pengundi di negeri itu agar
tidak menolak terus parti itu di Selangor kerana mereka telah bekerja
keras berbakti kepada rakyat sejak lima tahun lalu walaupun kalah teruk
dalam pilihan raya umum 2008."Walaupun pengundi telah menolak kami dalam pilihan raya umum yang lalu, kami tetap meneruskan khidmat kami.
"Saya harap rakyat berilah kami sedikit undi, janganlah bagi kami telur (tiada kerusi langsung)," beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan Oriental Daily News.
MCA bertanding di tujuh kerusi parlimen dan 14 kerusi negeri di Selangor pada pilihan raya umum 2008.
Namun, mereka hanya memenangi satu kerusi parlimen (Pandan) dan dua kerusi dewan undangan negeri (Sungai Pelek dan Kuala Kubu Bharu).
Naib presiden MCA dan timbalan menteri kewangan itu dilaporkan berkata MCA Selangor mempunyai keahlian di peringkat negeri yang paling ramai dalam Malaysia.
Perkara itu katanya menjadikan Selangor berpotensi untuk menjadi sumber kekuatan BN untuk merampas kembali Selangor dalam pilihan raya umum akan ke-13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.