"Saya terima cabarannya untuk menentang saya. Saya ingin ucapkan terima kasih kerana mencadangkan padang Kota. Dengan kata lain, dia terbuka untuk sebarang kerusi, yang akan saya putuskan.
"Dalam empat pilihan raya lalu, DAP meletakkan syarat. Kali ini, BN akan tetapkannya," kata Teng dalam sidang media hari ini.
"Pilihan raya juga berkaitan dasar dan bukan personaliti, dan patut berdasarkan kerusi yang mencerminkan situasi di Pulau Pinang, dan pihak yang diundi mesti menunjukkan iltizam terhadap isu dan dasar.
"Justeru, Lim hanya harus bertanding di kerusi negeri. Saya cabar beliau menerima syarat mudah saya dan saya akan umumkan kerusi untuk dipersetujuinya," katanya.
Lim sebelum ini menyatakan kesediaan meninggalkan kerusinya di Air Puteh dan menentang Teng di Padang Kota, kawasan yang dimenangi pemimpin BN itu selama tiga penggal sebelum tewas pada 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.