Jumaat, 1 Mac 2013

Pemimpin Umno Tidak Lulus Bahasa Melayu?



Oleh Idris Ahmad

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz Nikmat dijadikan isu, kononnya Tuan Guru Nik Aziz menghina penerima BR1M. Sedangkan cukup banyak bahasa kiasan di dalam Bahasa Melayu seperti Anjing menyalak bukit, Rusa masuk kampung.

Kucing dengan anjing, Lipas kudung, kera sumbang, Kera dapat bunga, Musang berbulu ayam, Kenapa Umno tidak melompat dengan pepatah tersebut.

 Kenapa pemimpinUmno tidak terasa mereka itu binatang bila membaca perumpamaan tersebut?

Apakah pemimpin Umno tidak pernah  membaca peribahasa ini ketika mengambil  kertas Bahasa Melayu sewaktu di sekolah dulu. Adakah pemimpin Umno tidak lulus Bahasa Melayu?.

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz tidak kata pun penerima BR1M itu binatang. Malahan semua pemimpin Pas mengatakan wajib ambil kerana ini hak rakyat.

Pemimpin Umno sahaja yang tidak malu menganggap wang BR1M ialah wang Umno. Sehingga rukun pemberian BR1M mesti diberi oleh pemimpin Umno BN.

Rakyat dipaksa mendengar ceramah pemimpin Umno, walau pun mereka menyampah dengan leteran pemimpin Umno.

Umno sudah kecewa dan ketandusan isu, maka persepakatan mereka dengan media Umno mesti dilakukan demi kepentingan politik Umno.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.