Editor BULETIN
Kenyataan DPPNT adalah sebagai nota yang dihantar oleh Setiausaha Muhammad Zaidan Abdullah seperti dibawah;
1. DPPNT Tidak bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad. Sesungguhnya masyarakat Malaysia berbudi bahasa. Mahasiswa sebenarnya sangat berterima kasih kepada kerajaan. Namun terima kasih itu tidak boleh diterjemahkan dengan sokongan terhadap parti pemerintah.
2. Sebagai Bekas PM, Tun sepatutnya dapat bezakan antara kerajaan dan parti.
3. Mungkin kerana terlalu lama memegang jawatan sebelum ini, Tun gagal bezakan parti dan kerajaan. Sebab itu kita dapat lihat UMNO/BN ghairah menabur pelbagai budi kepada rakyat menggunakan kewangan kerajaan, namun memaksa rakyat beri sokongan kepada UMNO/BN.
4. Begitu juga dengan penggunaan media massa dan jentera kerajaan. Mengguna nama kerajaan, memaksa rakyat menyokong UMNO/BN.
5. Sikap keterlaluan gunakan jentera kerajaan, media massa dan kewangan kerajaan bagi meraih sokongan terhadap parti ini membuatkan rakyat terutamanya mahasiswa menjadi rimas dan gelisah. Kerimasan inilah yang membuatkan rakyat mahukan perubahan dan pembaharuan.
6. Isu mahukan pendidikan percuma bukan bermakna mahasiswa tamak. Namun, ianya dilihat relevan dan tawaran yang Pakatan Rakyat kemukakan adalah sesuatu yang meyakinkan.
7. Pada masa yang sama, Mahasiswa melihat pembaziran, keborosan dan salah urus yang berlaku di dalam pemerintahan UMNO/BN. Rakyat diminta berjimat dan disuruh bersyukur. Inilah yang mahasiswa marah. Pemimpin UMNO/BN tidak menunjukkan contoh yang sepatutnya.
8. Sebagaimana nasihat Tun terhadap mahasiawa – “nak jadi pemimpin bukan nak senangkan diri, tapi nak senangkan orang lain”. Hakikat yang ada adalah pemimpin BN berebut menjadi pemimpin kerana di situ lubuk duit, projek dan tender. Malah pengerusi JKKK pun mereka berebut kerana ada ‘kuasa’ di situ.
Muhammad Zaidan Abdullah
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
19 Jamadil-Awwal, 1434 bersamaan 31 Mac, 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.