Khamis, 28 Mac 2013

Kita akan bersemuka di Padang Kota, kata Lim pada Teng



 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersetuju untuk bersemuka dengan Teng Chang Yeow di Padang Kota, kerusi yang dipertahankan tiga penggal oleh pengerusi BN negeri itu sehingga ditewaskan pada 2008.

"Saya bersedia menerima tawarannya dan bertanding melawannya di Padang Kota. Chow Kon Yeow, penyandang kerusi itu, bersetuju pergi ke Air Puteh, kerusi yang disandang saya sekarang," kata Lim dalam sidang media hari ini.

"Saya ingat apa Teng kata, 'kamu mesti bangkit dari tempat kamu jatuh'. Kita akan bersemuka di situ, di Padang Kota," tambahnya.

Lim mengulas laporan Malaysiakini semalam yang menyebut Teng sebagai bersedia bersemuka dengan Lim yang juga setiausaha agung DAP.

"Terpulang pada dia (hendak lawan saya). Ini bukan cabar mencabar antara individu, ini bukan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Bugner. Ini tentang dasar Pulau Pinang," tambah Lim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.