KL TODAY
Hasrat
Jaafar Onn untuk bernikah dengan mencari bakal isteri menerusi medium
Facebook menjadi kenyataan apabila pelakon itu bertemu dengan seorang
ibu tunggal yang sudah lama terpisah.Jaafar, 62, berkata, sebelum ini
dia ada membuat gimik di laman tersebut untuk mencari jodoh dan tidak
menyangka bertemu kembali dengan wanita yang juga usahawan berusia 37
tahun menerusi laman sosial berkenaan.
“Sebenarnya
saya nak cari jodoh di Facebook hanya satu gimik tetapi kuasa Allah
telah menemukan saya kembali dengan wanita yang terputus hubungan
sebelum ini.
“Saya memilih untuk bernikah sebelum bulan Ramadan tahun ini,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran drama komedi Kelas Sebelah di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri di sini, Khamis.
Dalam pada
itu, menjelaskan gimik yang dilakukan menerusi Facebook itu, Jaafar
berkata, beliau tidak menyangka menerima 1,000 pelawaan daripada wanita
yang sudi berkahwin dengannya.
Namun kata
Jaafar, ramai di antara mereka mempunyai niat tidak baik dan ingin
mengambil kesempatan terhadap popularitinya sebagai seorang selebriti.
“Tak
kurang juga yang memberi kata-kata penghinaan tentang hasrat saya
tetapi saya tidak terlalu memikirkannya kerana yakin sudah tiba masanya
saya berkahwin,” ujarnya.
Jaafar berkata, beliau mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia 62 tahun kerana selesa dengan perwatakan wanita yang berasal dari Ipoh, Perak itu.
Jaafar berkata, beliau mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia 62 tahun kerana selesa dengan perwatakan wanita yang berasal dari Ipoh, Perak itu.
Jelasnya lagi, pada usianya sekarang dia memerlukan seorang teman bagi berkongsi susah senang bersamanya.
“Saya tertarik dengan sikapnya yang suka membantu, bertanggungjawab dan memahami kerjaya saya sebagai seorang artis,” jelasnya.
Jaafar bagaimanapun masih belum bersedia mendedahkan nama wanita berkenaan namun memberitahu dia berstatus ibu tunggal.
“Saya
telah pun menemui ibu dan bapanya dan mereka tiada halangan untuk kami
berkahwin malah keluarga saya juga gembira dengan perkhabaran ini,”
katanya lagi.
Sementara
itu, Jaafar berkata, beliau berasa bersyukur apabila pelbagai pihak
tampil untuk memberikan tajaan untuk hari bahagianya itu nanti.
“Rezeki
saya murah apabila ramai yang nak taja perkahwinan saya seperti
pelamin, baju dan percutian bulan madu dan saya sangat terkejut namun
berbesar hati,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.