Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, kerajaan pimpinan Najib harus mengadakan sidang tergempar bagi tujuan menjelaskan keadaan dan perkembangan di Lahad Datu sejak ia diceroboh pada 12 Februari lalu.
"Saya mendesak perdana menteri panggil segera sidang tergempar Parlimen... ini bukan sahaja keselamatan negara, malah dilaporkan telah membabitkan soal anggota polis dan tentera," kata beliau petang ini.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, rakyat wajar dimaklumkan apa yang sebenarnya berlaku di Lahad Datu sejak 12 Februari lalu.
"Ini soal kedaulatan negara dan keselamatan rakyat termasuk anggota pasukan keselamatan," kata beliau.
Laporan Bernama tengah hari tadi menyebut ada kedengaran tembakan di kampung yang dijadikan lokasi warga Filipina yang menceroboh berkumpul.
Laporan yang menyusul menyebut dua anggota komando polis terbunuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.