SINAR HARIAN
LAHAD DATU - Dua anggota tentera Malaysia yang cedera dalam insiden
tembakan di Kampung Tanduo, tempat kumpulan penceroboh bersenjata dari
selatan Filipina berkubu, diterbangkan ke Hospital Lahad Datu di sini.
Mereka dibawa dengan sebuah helikopter tentera pada pukul 1.50 tengah hari ini.
Sebaik tiba, seorang daripada mereka diusung dengan katil bergerak
manakala seorang lagi dibawa dengan kerusi roda menuju ke wad kecemasan
hospital berkenaan.
Kedua-dua mereka dilihat mempunyai kesan darah pada pakaian celoreng
mereka dengan wajah menahan kesakitan, menurut wartawan Bernama di
hospital itu. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.