Oleh H FANSURI
SEJAK
buku autobiografi Rosmah Mansor (isteri PM Najib Razak) dilancarkan,
maka tidak sedikit buku itu mengundang kutukan dari langit. Kutukan dari
langit itu sudah diterjemahkan lewat impian segala hati manusia untuk
mengejinya
Sementara
itu di pihak Umno pula -- ketika catatan ini ditulis -- belum ada
mana-mana pihak itu yang sudi membuat diskusi bertujuan mengangkat
wacana berhubung buku ini. Agaknya Umno juga mengerti bahawa Rosmah itu
bebanan buat seluruh alam termasuk Umno.
“Kalau Umno nak kalah cepat,” kata seorang teman, “Banyakkan perbahasan tentang buku Rosmah itu.”
Pendek
kata, di pihak rakyat, berpusu-pusu kutukan mengalir ke atas isteri
Perdana Menteri itu, sedang di pihak Umno pula, tiada orang yang berani
membahaskan ‘kebaikan’ buku tersebut.
Buku
setebal 165 halaman yang ditulis berdasarkan temu bual itu juga tidak
galak disambut keras oleh wanita-wanita MIC dan wanita-wanita MCA juga.
Mungkin bagi kaum Cina dan India, Rosmah bukanlah contoh ikutan yang
terbaik buat diri mereka juga.
Demikianlah
hari-hari berlalu dengan timbunan kata-kata Rosmah yang mengalir di
corong-corong radio, dan sesekali suaranya bergetar, membikin setiap
hati yang mendengar suaranya turut berdebar.
Mutakhir
ini, yang paling memenatkan adalah - hidup untuk menanggung seksa
derita akibat mendengar kata-kata keramatnya. Kata-katanya sebelum ini
telah menyinggung rasa khalayak secara tidak sengaja.
"Takkanlah
saya mahu menghebohkan kepada semua orang bahawa orang itu beri saya
jam, orang itu beri saya beg tangan dan sebagainya. Itu sudah riak
namanya, seperti mahu menunjuk-nunjuk," katanya.
"Kita
mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana
perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan
tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan berasa kecil hati," katanya.
"Saya tidak mahu kelihatan selekeh kerana apabila saya selekeh akhirnya saya dikritik," katanya lagi.
Mungkin
ada banyak lagi deretan perkataannya yang meresah gelisahkan ramai yang
mendengarnya. Di sana, Najib tidak pernah mengerti akan hakikat ini.
Tapi, bukanlah hal ini yang ingin kita bahaskan.
Apa
yang ingin kita bahas adalah persoalan berhubung perbezaan antara sikap
Ainun Habibie (isteri bekas Presiden Indonesia; BJ Habibie) dengan
Rosmah Najib apabila kedua-duanya berdepan dengan hadiah-hadiah ini.
Di
dalam buku memoir Ainun dan Habibie (yang kemudiannya telah difilemkan
dengan judul yang sama), ada diperihalkan sikap Ainun apabila suaminya
Habibie mendapat hadiah jam tangan yang mewah.
“Semoga
jam ini tersalah dihantar ya pak?” kata Ainun di dalam bahasa sindiran,
ketika terjumpa hadiah jam tangan mewah yang sengaja diselitkan di
dalam beg kerja Habibie. Esoknya Habibie sudah serahkan kembali
hadiahnya itu. Dan, percubaan kapitalis yang menyogoknya telah terbatal.
Demikianlah
sikap Ainun Habibie yang lebih afdal diikuti dibanding Rosmah Najib
ini. Kita dapatlah ambil iktibar - betapa sikap isteri yang baik itu
boleh memandu pemerintahan kita dengan baik dan sempurna.
Sebaliknya
jika kita beroleh isteri yang tidak membantu kita dengan nasihat yang
baik, maka jahanamlah seluruh pentadbiran isi negara itu. Itulah iktibar
cerita Musang Berjanggut di mana isteri yang baik boleh memandu
penguasa dalam pentadbiran negara.
Ainun
dalam kacamata Habibie itu digambarkan sebagai wanita terpelajar.
Beliau mengikuti suaminya di Jerman lalu bekerja sendiri sebagai doktor
untuk membantu keluarganya. Ini berbeza dengan Rosmah.
Rosmah
banyak menghabiskan wang negara, duit rakyat dengan kos perbelanjaan
Permata Pintar hingga RM111 juta. Bukan saja Rosmah tidak bekerja
sendiri membantu menampung keluarga, malah mengikis duit umat.
Jadi,
bagaimanalah Habibie tidak jatuh cinta kepada Ainun itu? Cinta Habibie
ke atas isterinya Ainun itu? Gambaran kisah kasih itu demikian bersinar
terpancar sampaikan Habibie sanggup menulis biografi cinta untuk Ainun,
tetapi Najib tidak menulis buku mengenai cintanya ke atas isterinya
Rosmah.
Mungkinkah
kerana Najib Razak sudah ada wanita lain? Dan, beliau sukar berlaku
setia ke atas isteri itu? Entahlah! Hanya pembubaran Parlimen yang akan
memecahkan segala persoalan yang maha getir ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.