Nampaknya politik semakin hari
kian kotor. Rupa-rupanya kuasa ini boleh menjadikan seorang manusia itu hilang
pertimbangan dan hilang segala keperibadian untuk mendapat atau mengekalkan
kuasa. Barulah semua sedar termasuk diri saya ini, yang politik itu adalah
kuasa dan kuasa itu adalah politik. Ramai manusia di dalamnya tidak
berlandaskan kepada moral dan sedikit nilai ketuhanan yang merupakan ciri-ciri
asas manusia yang mukmin.
Menjadikan komen TGNA sebagai
mengatakan penerima BRIM itu adalah haiwan merupakan satu permainan politik
yang tidak terkira hina dan aibnya. Ia sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO dan
penyokong-penyokong mereka seperti melalui saluran-saluran TV perdana.
Pelakon-pelakonnya termasuklah seorang Perdana Menteri dan seorang lagi Timbalannya.
Kedua-dua pemimpin ini yang datang dari keluarga yang baik-baik itu telah
hilang segala ciri-ciri manusia yang sedang mencari kehidupan sebagai seorang
mukmin. Mereka ini telah mencalarkan keperibadian baik keluarga mereka semata-mata kerana politik.
Semuanya ini adalah kerana kemahuan
nafsu mereka untuk mengekalkan kuasa politik yang merupakan perkara yang
terenak bagi mereka yang bermain poliik yang tidak berlandaskan kepada
ciri-ciri keagamaannya. Najib terlupa yang beliau adalah seorang anak kepada
sebuah keluarga yang baik dan Muhyiddin dengarnya adalah dari keluarga yang
berimejkan agama yang kuat.
Tentunya tindakan kedua-dua
pemimpin terbesar negara ini merupakan tindakan yang menjatuhkan nama ibu bapa
mereka dengan memutar belitkan kata-kata orang lain dengan begitu hina dan aib
sekali. Kedua-kedua pembesar negara ini tidak mahu mengambil kaedah memperbaiki
diri untuk mendapatkan sokongan. Sebaliknya mereka memilih untuk melakukan
perkara keji untuk mendapatkan kepentingan politik peribadi dan parti mereka
yang kian hari kian menjunam imejnya di mata rakyat itu.
Benarlah kata-kata perbidalan,
‘yang baik itu untuk yang baik dan yang buruk itu untuk yang buruk’ sahaja.
Benarlah apa yang dijanjikan oleh Najib yang beliau dan UMNO akan lakukan apa
sahaja (at all cost) untuk mempertahankan Putrajaya. Tentulah ia termasuk
melakukan kerja sebegini hina dan aib itu bagi menjamin Putrajaya itu dapat di
pertahankan. Dengan janji-janji itu Najib bukannya bertindak untuk kebaikan
rakyat dan negara beliau sebaliknya untuk kuasa semata-mata. Sesungguhnya
sangat hebat pengaruh dan ajaran sesat politik Dr Mahathir ini, iaitu
‘lakukanlah apa sahaja asalkan berkuasa’…..tebalkan muka walaupun setebal
tembok di tepi jalan.
TGNA jelas mengatakan pihak yang
memberi BRIM itu seolah-olah hendak menjadikan manusia negara ini sebagai
haiwan dengan memberikan makan dan selepas di beri makan manusia-manusia ini
akan di sembelih seperti haiwan belaan. Itu maksud TGNA. Blog ini pun telah
mengatakan perkara yang sama seminggu yang lalu yang menganggap UMNO mahu
menjadikan kita semua sebagai haiwan belaan. TGNA tidak mengatakan mereka yang
menerima BRIM itu sebagai haiwan.
Itu sebabnya rakyat sudah sedar
yang mereka hendak dijadikan kita semua ini sebagai binatang belaan dan mereka
menolak UMNO itu dengan hebat sekali sehinggakan UMNO hampir menjadi parti yang
dipandang seperti haiwan kurap di tepi jalan sahaja. UMNO mahukan orang ramai
seperti kerbau pembajak sawah yang luas dengan memberikan rumput-rumput dan
rumbai sebagai makanan mereka (kerbau). Akhirnya hasil padi itu di masukkan
kedalam kepuk padi bagi tikus-tikus gemuk memakannya dan kerbau itu disembelih
untuk di jadikan rendang hari raya.
Kenyataaan maksud TGNA yang
mengatakan UMNO cuba
untuk menjadikan manusia sebagai haiwan dengan memberi BRIM itu di putar
belitkan dengan mengatakan penerima BRIM itu adalah seperti haiwan. Kerja
memutar-belitkan kata-kata Tok Guru itu dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin
sendiri.
Betul lah, dan benarlah Najib ini
sebagai seorang yang menepati janji-janjinya. Janjinya untuk melakukan apa
sahaja untuk mempertahankan Putrajaya itu benar-benar beliau lakukan walaupun dengan
menjadikan rakyat seperti lembu dan haiwan belaan itu.
Najib dan Muhyiddin masih
berfikir yang rakyat sekarang ini masih naïf dan tidak dapat membaca niat sebenar
mereka dalam isu ini. Ketahui lah yang rakyat sudah pandai ‘menyelam air dalam
tunggak’. Mereka (rakyat) tidak boleh diperbodohkan lagi…..
Aura UMNO itu sekarang sudah
jatuh menjunam dan ia akan menjatuhkan penyokong-penyokong mereka sendiri….percayalah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.