KUALA LUMPUR: PAS
sudah hampir seratus peratus selesai meletakkan calon untuk
bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata Presiden PAS,
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau berkata, PAS lebih
mementingkan kerusi Parlimen dan Dun boleh menang berbanding kuantiti
kerusi yang ditandingi.
“Sehingga
kini lebih 90 peratus (calon) kita sudah selesai. Yang masih tinggal
hanya masalah yang terlalu kecil yang boleh diselesaikan walaupun
pilihan raya diadakan bila-bila masa.
“Kawasan
bertanding sebahagian besar sudah selesai cuma sedikit sahaja kerusi
yang masih dalam perbincangan dan itu bukan masalah besar.
“PAS
memikirkan seberapa banyak kerusi yang menang bukan seberapa banyak
kerusi yang bertanding,” kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Ustaz Hadi juga berkata, kerusi yang akan ditandingi PAS juga bertambah setelah berjaya di beberapa buah negeri.
“Insya
Allah kerusi kita akan bertambah dan kita akan usahakan. Pilihan raya
yang lalu kita tumpu kepada negeri-negeri dan PAS telah berjaya
memimpin tiga buah negeri dari lima negeri yang menang iaitu Kelantan,
Kedah dan Perak.
“Kita
mendapat 82 kerusi Dun, DAP dapat 70, PKR 40 dalam keadaan kita agak
kecil jumlah di Parlimen kerana lebih tumpu kepada Dun masa itu,”
katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Justeru
katanya, berdasarkan pencapaian PAS di beberapa buah negeri sebelum
ini, PAS sudah bersedia mengambil alih pemerintahan daripada BN.
“Kita
telah berjaya mencapai (kejayaan) di tiap-tiap negeri ada wakil rakyat
sekurang-kurangnya di Dun kecuali Melaka, Sabah dan Sarawak.
“Ini menunjukkan pengaruh kita sudah masuk ke setiap negeri termasuk Johor yang dianggap kubu Umno.
“Kewujudan
wakil rakyat kita di negeri ini mengembangkan lagi pengaruh PAS di
samping negeri-negeri yang belum mendapat tapak,” katanya.
Tambahnya, PAS sudah mula bertapak di Sabah dan Sarawak dan akan meletakkan kerusi di kedua-dua negeri tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.