KL TODAY
SHAH
ALAM – Transformasi politik yang dibawa kerajaan, antara lain meminda
Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) telah meningkatkan kuasa
politik mahasiswa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas
aktivis mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini.
Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri 17: Kuasa Politik Mahasiswa di sini.
Menurutnya,
dengan pindaan yang dibuat menggambarkan keterbukaan kerajaan untuk
memberi kesamarataan dalam sistem demokrasi kepada rakyat termasuk
mahasiswa.
Beliau
berkata, mahasiswa pada masa kini bebas untuk berpolitik secara
terbuka, sekali gus mendapat peluang untuk menjadi calon pada pilihan
raya umum ini.
Namun, Tun
Faisal berkata, kebebasan yang diberikan perlu diiringi dengan panduan
supaya tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini.
“… kita bagi ruang untuk mereka bebas berpolitik, tapi perlu ada juga yang menjadi panduannya.
“Kita bagi
kepercayaan kepada pelajar, ini menjadi medan terbuka kepada mahasiswa
untuk memberi sokongan secara terbuka dan menjadi calon PRU13,”
katanya.
Pada 19
April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang
Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan
penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam
persatuan serta pertubuhan di luar kampus.
Mengulas
lanjut, Tun Faisal yang juga pengasas media Umno berkata, tranformasi
politik membabitkan pindaan Auku tidak menghalang kebebasan berpolitik,
tetapi memberi panduan dan mengelakkan sifat partisan di kalangan
pengajar serta mahasiswa di institut pengajian tinggi.
Tun Faisal
juga berkata, parti politik boleh mengambil kesempatan terhadap
mahasiswa untuk menjadikan mereka sebagai tonggak dalam pergerakkan
parti pada PRU13.
“…
transformasi tak menghalang pelajar berpolitik, tapi kita tak mahu ada
budaya partisan dalam kampus termasuk pensyarah dan mahasiswa.
“Keterbukaan
atau kebebasan ini juga akan memberi peluang kepada parti politik
menjadikan mahasiswa sebagai tonggak utama mereka pada pilihan raya
kali ini,” katanya.
Selain Tun
Faisal, barisan panel terdiri daripada Timbalan Presiden Majlis Belia
Malaysia, Muammar Ghadafi; Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik
Ahmad; penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dan Presiden Gabungan
Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.