Rabu, 27 Februari 2013

PI Bala bakal muncul di pentas SAMM


MALAYSIA KINI


 
Pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin berkata penyiasat persendirian P Balasubramanian akan ditampilkan di pentas program anjuran NGO tersebut di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur pada malam ini.

“Sesi bersama PI Bala akan dikendalikan secara soal jawab satu sama satu  dengan seorang moderator. Majlis keseluruhanya akan dipengerusikan oleh aktivis Mahasiswa, Khalid Ismath,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Balasubramaniam yang kembali ke Malaysia pada Ahad lalu berikrar untuk berkempen untuk Pakatan Rakyat dan menyatakan kesudian untuk bekerjasama dengan Deepak Jaikishan – ahli perniagaan yang didakwa terlibat dalam penyediaan pengakuan berkanunnya yang kedua.

Sebaik tiba di KLIA, Balasubramaniam yang mengalirkan air mata turut menyatakan sumpah sambil memegang satu kitab Hindu Bhagavad Gita dan menegaskan bahawa pengakuan berkanun yang dibuat untuk membatalkan pengakuan pertama adalah tidak benar.

“Saya mengaku dengan kitab suci ini bahawa SD pertama adalah benar dan tiada yang benar melainkan yang benar. Saya meminta maaf kepada anda semua bahawa SD kedua adalah tidak benar," katanya.

SD pertamanya mengandungi butiran mengenai interaksinya dengan beberapa personaliti menjelang hari kematian Altantuya.

Antaranya, beliau mendakwa Najib mempunyai hubungan rapat dengan Altantuya.

Sehari selepas itu, beliau bagaimanapun menarik balik SD tersebut dan mendakwa beliau membuat pengakuan berkanun pertama itu dalam keadaan dures.

Beliau kemudiannya meninggalkan Malaysia dan mendakwa pengakuan pertama adalah pengakuan sebenar dan SD kedua pula dibuat dalam keadaan dures.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.