Selasa, 26 Februari 2013

Pakatan tumpu agenda Manifesto Rakyat, siapa PM bukan isu – Anwar

KEADILAN DAILY

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat akan memberi tumpuan khusus kepada agenda bersama menerusi Manifesto Rakyat yang dipersetujui dalam konvensyen ke-4 semalam.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang masalah dalam isu pemilihan siapa bakal menjadi Perdana Menteri (PM) jika gabungan itu menang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

PM

“Saya tak nampak sebarang masalah untuk dibangkitkan isu ini,” kata Anwar ketika ditanya media hari ini.

Ditanya lagi mengapa Pakatan tidak mengumumkan nama bakal PM, ini jawab Anwar: “Adakah BN mengumumkan nama bakal PM ketika membentangkan manifestonya?

“Adakah Tan Sri Khalid (Ibrahim) diumumkan sebagai bakal MB Selangor masa PRU 2008?” soal Anwar lagi.

Dalam konvensyen Pakatan Rakyat semalam menyaksikan penyataan untuk menobatkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai Perdana Menteri apabila menang PRU 13.

Hasrat itu dinyatakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucaptamanya.

Terdahulu, dalam konvesyen itu, Pakatan melancarkan Manifesto Rakyat dengan tema Pakatan Harapan Rakyat.

Pelbagai kebajikan dan penurunan kos hidup untuk segenap lapisan rakyat terutama orang miskin dan anak muda ditawar menerusi manifesto itu.

Melalui tawaran ini, Pakatan mahu manifesto tersebut sampai terus kepada rakyat sementara pemilihan PM Pakatan bukan agenda, kata Anwar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.